FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Gerai Ramadan Membuka Pintu Rezeki Kepada Para Peniaga


Dayang Muziah binti Matusop, pemilik Syarikat Ayam Salai Madu Ikhwan Munirah (A.S.M.I.M) telah berniaga selama 10 tahun di Gerai Ramadan Kampung Bunut

 


 May 28th, 2017  |  06:49 AM  |   1197 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bulan Ramadan bukan sahaja menjanjikan pahala yang berlipat ganda bagi setiap amal ibadat yang dilakukan bahkan membuka pintu rezeki seluas-luasnya kepada mereka yang ingin mencari rezeki khususnya bagi para peniaga dan penjaja.

 

Lazimnya pendapatan jualan sepanjang Ramadan memberikan pulangan yang lumayan bahkan turut berbeza daripada jualan pada bulan-bulan biasa.

 

Hal ini kerana kehadiran Ramadan seakan-akan memberikan mereka semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam perniagaan meskipun perniagaan yang dijalankan itu hanya secara kecil-kecilan.

 

Apa yang menarik pada bulan Ramadan ini, golongan belia turut sama tidak melepaskan peluang berjinak-jinak untuk berniaga di Gerai-gerai Ramadan.

 

Kebanyakan mereka ini memulakan perniagaan pada bulan Ramadan untuk menambah sumber pendapatan bagi perbelanjaan menjelang lebaran nanti.

 

Selain Gerai-gerai Ramadan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, terdapat juga Gerai-gerai Ramadan didirikan di tepi-tepi jalan dan kawasan kampung bagi memberikan peluang masyarakat sekitarnya berkecimpung dalam perniagaan di samping untuk mendapatkan rezeki sepanjang Ramadan.

 

Muziah binti Matusop, pemilik Syarikat Ayam Salai Madu Ikhwan Munirah (A.S.M.I.M) yang berjaja Gerai Ramadan Kampung di Perpindahan Bunut ketika ditemui berkata, berjaja di bulan Ramadan adalah merupakan agenda tahunan beliau dan keluarga.

 

''Gerai Ramadan menjadi pilihan utama pengunjung kerana pilihan yang banyak dan ia memberi kepuasan hati kepada para pengunjung. Justeru, sambutan hangat daripada pengunjung ini telah menjadi saluran pendapatan yang lumayan kepada para peniaga gerai Ramadan.

 

Saya sudah berniaga di Gerai Ramadan lebih 10 tahun, dan pulangannya adalah menguntungkan,'' katanya.

 

Sementara itu, Julaihie bin Hassim, peniaga air tebu yang mengusahakan Gelagah Bapa di Kampung Selayun berkata, beliau telah mula mengambil alih perniagaan yang dimiliki oleh bapa beliau, Hassim bin Haji Badar sejak tahun 2011.

 

''Saya berniaga selama dua minggu di sepanjang bulan puasa setiap tahun. Alhamdulillah purata pendapatan dalam sehari boleh mencecah BND200 dengan hanya berjaja air tebu,'' terangnya.

 

Menurut beliau, walaupun bulan Ramadan ini memberikan peluang kepada para peniaga untuk meningkatkan pendapatan namun tidak boleh sama sekali mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan ataupun barang yang dijual kerana dalam perniagaan ini kita seharusnya bersikap jujur dan amanah.

 

Dalam mencari rezeki pada bulan yang mulia ini, para peniaga juga diingatkan agar jangan mengabaikan aspek kebersihan.

 

Tahap kebersihan makanan yang dijual hendaklah diutamakan selain kebersihan pakaian dan diri peniaga serta kawasan perniagaan.

 

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, semoga ia dapat memberi seribu satu rahmat untuk kita semua.

 

Sebagai peniaga, rebutlah peluang Ramadan untuk menambah pendapatan dengan penyediaan makanan jualan yang terjamin mutu dan rasanya di samping mengambil peluang mencari rezeki halal bagi menampung pendapatan seharian.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16