FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Syukur Atas Pengagihan Kurma Kurnia


 


 May 28th, 2017  |  06:48 AM  |   688 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pengagihan Kurma jenis Safawy Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah sempena Bulan Ramadan 1438 Hijrah / 2017 Masihi disambut dengan gembira oleh rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan penduduk negara ini khususnya yang beragama Islam.

 

Beberapa orang penerima kurma kurnia rata-rata menzahirkan rasa syukur atas pemberian tersebut bagi juadah berbuka sepanjang bulan Ramadan seperti lazimnya di tahun-tahun lalu.

 

Sebagai rakyat Kebawah DYMM, Pengiran Mohd Ali Nordin bin Pengiran Haji Matussin melahirkan rasa syukur dengan pengagihan kurma kurnia berkenaan di mana umat Islam yang bermastautin di negara ini perlu merasa bangga dengan pemberian percuma itu.

 

Manakala bagi Awangku Muhd Zafiran bin Pengiran Zulmin pula berkata, rakyat Kebawah DYMM dan penduduk yang beragama Islam di negara ini amat berbesar hati dan beruntung dengan pemberian tersebut sempena menyambut Ramadan setiap tahun.

 

Menurut Mohd Asnadi bin Muhammad, adalah wajar bagi seluruh rakyat dan penduduk di negara ini khususnya mereka yang beragama Islam untuk menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas kurnia baginda ini.

 

Pengurniaan kurma tersebut merupakan kurnia peribadi baginda sultan kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang menunjukkan tanda kasih dan pemedulian baginda di samping dihasratkan juga sebagai juadah berbuka puasa di bulan Ramadan.

 

''Pengurniaan seperti ini merupakan suatu perkara yang unik dan hanya didapati di Negara Brunei Darussalam,'' jelas seorang lagi penerima, Awang Haji Morsidi bin Haji Kassim.

 

Bagi Dayang Amal Afifah binti Rusali pula, pengagihan kurma jenis Safawy yang berkotak kecil yang diagih-agihkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Islam termasuklah pekerja-pekerja asing yang beragama Islam di negara ini amat bertuah bagi yang menerimanya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17