FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Gerai Ramadan Beri Peluang Berniaga


Gerai Ramadan Pekan Bangar menawarkan petak-petak gerai yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa

 


 May 28th, 2017  |  06:47 AM  |   1357 views

TEMBURONG

 

Kedatangan bulan Ramadan tahun ini sekali lagi dimeriahkan dengan Gerai Ramadan yang diadakan di tapak Gerai Perayaan berdepanan dengan Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, di sini.

 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Temburong (JDT), Gerai Ramadan pada tahun ini menyediakan sebanyak 34 petak yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual secara ‘take away’.

 

Ia dibuka setiap hari bermula 1 Ramadan dari pukul 1.30 petang, manakala pada Jumaat pula, waktu berniaga adalah dari pukul 2.00 petang.

 

Dengan adanya Gerai Ramadan ini, ia dihasrat dapat memberikan peluang kepada para peniaga untuk mendapatkan rezeki lebih pada bulan Ramadan yang mulia ini serta menjadi satu platform bagi para peniaga yang baru berjinak-jinak untuk menjual makanan dan minuman mereka sendiri.

 

Dalam pada itu, pihak jabatan berkenaan juga menyarankan agar para peniaga sentiasa menjaga kesucian, kehalalan dan kesihatan makanan tersebut termasuk sumber makanan serta proses makanan dibuat sehingga ia disediakan untuk dibeli oleh para pengunjung sepertimana yang dinyatakan pada Taklimat Gerai Ramadan baru-baru ini.

 

Di samping itu, orang awam khasnya pengunjung serta peniaga juga dinasihatkan supaya dapat menjaga keselamatan diri sendiri dan harta benda masing-masing serta sentiasa menjaga kebersihan awam di sekeliling gerai tersebut.

 

Salah seorang peniaga yang berpengalaman lebih 10 tahun menjual makanan dan minuman di Gerai Ramadan, Dayang Jamaniah binti Mohd Said, semasa ditemui mengakui peluang berniaga di Gerai Ramadan setiap tahun adalah peluang yang tidak akan dilepaskan memandangkan pendapatan yang diperolehi berlipat ganda berbanding pada hari-hari biasa di samping meraih keberkatan mencari rezeki di bulan Ramadan.

 

Selain juadah berbuka yang lazim dijual seperti nasi penyet, beraneka mi goreng, rojak, beraneka popia dan air kausar, pada tahun ini antara makanan yang paling laris ialah cucur durian putih.

 

Beliau juga menambah, lokasi Gerai Ramadan yang sangat strategik dengan kawasan letak kereta itu telah memudahkan orang ramai untuk datang mengunjunginya dengan selesa ditambah lagi dengan penyediaan ruang gerai yang luas yang disediakan oleh pihak JDT.

 

Sementara itu, menurut salah seorang pengunjung Gerai Ramadan ketika ditemui, Awang Haji Mohd. Sallehuddin bin Haji Suhaimi dari Kampung Negalang Iring berkata, beliau selalunya mengunjungi Gerai Ramadan bagi mendapatkan makanan atau minuman yang sinonim dengan bulan Ramadan seperti minuman kausar dan seumpamanya.

 

Menyentuh mengenai sebilangan masyarakat  yang lebih gemar berbelanja di Gerai Ramadan di negara jiran, Awang Haji Mohd. Sallehuddin berpendapat ia terpulang kepada pilihan masing-masing namun berdasarkan pengalaman, beliau merasakan juadah berbuka yang disediakan oleh para peniaga tempatan adalah sangat berkualiti, sedap dan bervariasi. Malah ia amat memenuhi selera pengunjung dan dijual pada harga yang amat berpatutan,  ditambah lagi dari aspek penyediaan dan kebersihan yang terjamin dengan pemantauan dari pihak-pihak berkenaan yang dijalankan dari semasa ke semasa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16