FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Umat Islam Mula Berpuasa Hari Ini


Hadir sama di Menara DST di Bangunan Ibu Pejabat DST di sini bagi melakukan pencerapan anak bulan Ramadan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

 


 May 27th, 2017  |  07:04 AM  |   1464 views

TUNGKU LINK

 

Umat Islam di Negara Brunei Darussalam mula menjalani ibadah puasa Ramadan bagi tahun 1438 Hijrah esok (27 Mei).

 

Pengumuman tersebut telah diumumkan melalui siaran Radio dan Televisyen Brunei (RTB) malam tadi setelah rombongan yang ditugaskan melihat anak bulan Ramadan di beberapa kawasan petang tadi telah sabit kelihatan.

 

Yang Berhormat Ketua Hakim Syarie telah mensabitkan dan mengesahkan bahawa anak bulan itu kelihatan.

 

Oleh yang demikian pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Negara Brunei Darussalam mengumumkan bahawa awal bulan Ramadan tahun ini jatuh pada Sabtu, 27 Mei 2017.

 

Hadir sama di Menara DST di Bangunan Ibu Pejabat DST di sini bagi melakukan pencerapan anak bulan Ramadan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

 

Rombongan yang ditugaskan merukyah anak bulan Ramadan tahun ini terdiri daripada Hakim-hakim  Syarie dan para pegawai kanan dari Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Mufti Kerajaan dan Jabatan Ukur.

 

Dengan itu juga, umat Islam memulakan Sembahyang Tarawih dan Witir di kesemua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara malam tadi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17