Home > Bahasa Melayu
Berkenan Menerima Mengadap Ketua-Ketua Perwakilan Asing
Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama David Campbell
May 26th, 2017 | 11:31 AM | 700 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menerima mengadap secara berasingan Ketua-Ketua Perwakilan Asing yang akan menamatkan perkhidmatan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Roland Christian Grafe.
Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 29 September 2012.
Mengiringi Tuan Yang Terutama Roland Christian Grafe pada Majlis Mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman ialah Timbalan Duta Besar Republik Persekutuan Jerman di Negara Brunei Darussalam, Mr. Thomas Heilmaier.
Kebawah DYMM seterusnya berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama David Campbell yang telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 2 Oktober 2013.
Baginda seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki. Puan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 13 September 2014.
Mengiringi Puan Yang Terutama Noriko Iki pada Majlis Mengadap tersebut ialah Setiausaha Pertama, Kedutaan Besar Jepun di Negara Brunei Darussalam, Ms. Rie Arai.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]