FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


MUIB Bantu Ringankan Beban


Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama (HEU), Dato Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud selaku Naib Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei menyampaikan Modal Berusaha menangkap ikan kepada Awang Khairul Nawar bin Esmed, 27 tahun

 


 May 26th, 2017  |  11:21 AM  |   2560 views

TEMBURONG

 

 Dalam usaha membantu meringankan beban kehidupan golongan asnaf fakir miskin di negara ini, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) menyerahkan agihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin di Daerah Temburong, yang berlangsung di Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong, di sini.

 

Penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud juga selaku Naib Yang Di-Pertua MUIB.

 

Bantuan Modal Berusaha berupa perahu, enjin dan peralatan menangkap ikan diberikan kepada Awang Khairul Nawar bin Esmed, 27 tahun.

 

Ia adalah dari peruntukan Kumpulan Wang Zakat Majlis Ugama Islam Asnaf Fakir Miskin berjumlah BND16,929.00.

 

Modal tersebut diharapkan akan dapat membantu Awang Khairul Nawar yang tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk berusaha mencari rezeki bagi menyara kehidupan sehariannya bersama isteri dan dua orang anak yang belum bersekolah.

 

Awang Khairul Nawar semasa ditemui melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia khasnya MUIB di atas bantuan perahu dan peralatan memancing yang dihulurkan kepadanya.

 

Tambahnya, beliau sebelum ini terpaksa menumpang perahu rakan-rakannya tiga atau empat kali seminggu untuk mencari rezeki dengan memancing ikan dan berazam memanfaatkan sebaik mungkin bantuan yang diberikan kepadanya bagi membiayai keperluan seharian keluarganya.

 

Pada majlis yang sama, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama juga menyerahkan agihan barangan asasi kepada 21 buah keluarga dari asnaf fakir miskin di Daerah Temburong.

 

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan rombongan juga bergerak ke Pos Dakwah Kampung Selapon, di mana beliau menyerahkan bantuan barangan asasi sumbangan Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam kepada empat buah keluarga asnaf mualaf, selain mengadakan lawatan Muhibah ke kediaman Jau anak Maje juga di Kampung Selapon bagi meninjau kebajikan dan perkembangan semasa penduduk di kawasan tersebut.

 

Rombongan Timbalan Menteri juga berkunjung ke rumah kediaman beberapa asnaf fakir miskin di Kampung Selapon, iaitu kediaman Awang Muhammad Mu'in bin Mohammad Emran, Awang Ahmad Bukhari bin Mohammad Emran, Awang Norhijan bin Osman dan Awang Jainal bin Kurus.

 

Sumbangan dan bantuan yang disampaikan adalah sebagai satu dakwah berkesan bagi memeduli dan memantau dari segi aspek perkembangan kehidupan serta kebajikan asnaf fakir miskin seperti keperluan asasi mahupun persekolahan anak-anak mereka agar mereka dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna, di samping aspek penglibatan dalam bimbingan dan penghayatan agama Islam khusus bagi saudara-saudara baharu.

 

Pada masa yang sama, ia juga bagi menzahirkan rasa pemedulian dan perhatin yang sewajarnya sebagai bukti Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa memeduli juga memelihara kesejahteraan dan kebajikan umat Islam secara kolektif kepada asnaf fakir miskin serta saudara-saudara baharu di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07