Home > Bahasa Melayu
Perkampungan Sivik Beri Manfaat Kepada Para Peserta
Gambar kenangan Perkampungan Sivik 2017 bersama para pegawai dan kakitangan di Jabatan Penerangan
May 20th, 2017 | 11:31 AM | 1312 views
SUNGAI KEBUN
Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah Negara Brunei Darussalam 2017 anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri yang diadakan selama enam hari di Kompleks Sukan Sungai Kebun berakhir hari ini.
Sehubungan itu, sesi pecambahan fikiran dalam menilai program berkenaan diadakan di Bilik Serbaguna kompleks sukan berkenaan, di sini.
Sesi pecambahan fikiran itu disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya; Penolong Pegawai Penerangan, Awang Muhd. Nurakram bin Noraini @ Bahrin dan Pegawai Luar Penerangan, Dayang Dona Azfina binti Ibrahim.
Sementara itu, peserta program, Dayang Siti Noor Allyanafaiza binti Alirahim, lepasan ijazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berpendapat program tersebut sangat bermanfaat terutama dalam mengetahui sejarah Brunei, Melayu Islam Beraja dan Wawasan Brunei 2035.
Justeru itu, beliau berharap program itu akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan memberi penekanan yang lebih pada pengetahuan bagi para peserta program.
Awang Nazirulamin bin Nordin, lepasan ijazah Universiti Brunei Darussalam pula menyatakan, melalui program itu, dapat menyatupadukan para lepasan tempatan dari dalam dan luar negara dengan bidang serta kemahiran masing-masing.
Dari sini tambahnya, akan dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang yang diceburi, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta hubungan kekeluargaan.
Menurut beliau lagi program tersebut sangat unik dan bermaklumat yang patut diketahui oleh belia-belia khususnya para lepasan ijazah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]