FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


MKM fahami Undang-Undang Kes Kemalangan


Peguambela dan peguamcara Tetuan Yusof Halim & Partners, Awang Haji Mohd. Yusof bin Halim semasa menyampaikan taklimatnya mengenai Kemalangan Jalan Raya

 


 May 20th, 2017  |  11:25 AM  |   1453 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam usaha untuk mendidik orang ramai mengenai pentingnya memahami undang-undang, Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) dengan kerjasama Tetuan Yusof Halim & Partners menganjurkan Siri Bicara Undang-undang (Memahami Undang-Undang) bertempat di Bilik Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

 

Taklimat disampaikan oleh peguambela dan peguamcara Tetuan Yusof Halim & Partners, Awang Haji Mohd. Yusof bin Halim yang antara lain menyentuh mengenai Kemalangan Jalan Raya; satu kes dua tindakan - polis dan pampasan.

 

Menurutnya, jika berlaku kerosakan kepada harta orang lain atau kecederaan kepada manusia atau haiwan, pemandu perlu berhenti menurut Bab 33, Road Traffic Act, Penggal 68 di mana denda BND2,000 akan dikenakan jika gagal berhenti di dalam kemalangan yang tidak melibatkan kepada manusia.

 

Manakala jika gagal berhenti dan memberi bantuan kepada orang yang cedera akan dikenakan penjara 1 tahun, denda BND8,000 dan digantung lessen memandu selama dua tahun menurut Bab 31.

 

Beliau seterusnya menjelaskan, terdapat perbezaan di antara penyiasatan polis dan menuntut ganti rugi, iaitu pampasan.

 

Tambahnya, matlamat penyiasatan Polis di dalam kes-kes kemalangan jalan raya adalah untuk menentukan sama ada terdapat kesalahan undang-undang negara di dalam kemalangan tersebut seperti memandu tanpa lessen, memandu semasa mabuk, memandu dengan cuai dan menyebabkan kematian kerana memandu dengan bahaya.

 

Selain itu, pihak polis juga berperanan mengumpul bukti-bukti kes dan membawa pesalah ke pengadilan namun penyiasatan polis tidak memberi ganti rugi kepada pihak yang tidak salah tetapi bukti yang dikumpulkan semasa penyiasatan polis boleh digunakan untuk menuntut ganti rugi.

 

Manakala matlamat menuntut pampasan adalah untuk mendapat ganti rugi sama ada terhadap insurans sendiri atau kepada pihak sebelah yang bersalah kerana mendatangkan kecederaan / kerosakan.

 

Tuntutan pampasan jelasnya tidak perlu ditunggu kes polis selesai, dan tuntutan ganti rugi mestilah dibuat oleh pihak itu sendiri.

 

Walaupun pihak menuntut ganti rugi akan mendapatkan bukti-bukti polis bagi membuktikan yang pihak sebelah adalah pihak yang salah di dalam kemalangan itu, namun ada baiknya pihak dalam kemalangan mengambil gambar situasi kemalangan itu sendiri.

 

Dalam pada itu, MKM ingin memaklumkan orang ramai bahawa ‘Siri Bicara Undang-undang’ akan dihentikan sementara semasa bulan Ramadan dan akan dijalankan semula selepas bulan Syawal.

 

Lebih banyak topik-topik menarik akan disediakan untuk orang ramai dan mereka yang berminat boleh menghubungi melalui talian +673 7146680.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12