Home > Bahasa Melayu
Berangkat Tiba Di Republik Filipina
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia seterusnya melintasi barisan Kawalan Kehormatan Statik sejurus tiba di Pengkalan Udara Balagbag, Manila. KEBERANGKATAN tiba Kebawah DYMM di Pengkalan Udara Balagbag Manila dijunjung oleh Setiausaha Kewangan selaku Setiausaha Pengiring, Tuan Yang Terutama Carlos Garcia Dominguez III.KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia semasa berangkat tiba di sebuah hotel ternama di Manila, tempat persemayaman baginda di sepanjang Keberangkatan Negara.KEBAWAH DYMM menerima junjung ziarah daripada rakyat Brunei yang berada di Republik Filipina.KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia seterusnya melintasi barisan Kawalan Kehormatan Statik sejurus tiba di Pengkalan Udara Balagbag, Manila. Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Hernie Suliana Haji Othman, Hamzah Mohidin dari Manila, Republik Filipina
April 27th, 2017 | 10:05 AM | 1149 views
MANILA, REPUBLIK FILIPINA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini selamat berangkat tiba di Manila, Republik Filipina bagi Keberangkatan Negara.
Hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pengkalan Udara Balagbag, Manila ialah Setiausaha Kewangan selaku Setiausaha Pengiring, Tuan Yang Terutama Carlos Garcia Dominguez III dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Meynardo LB Montealegre.
Juga hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina, Puan Yang Terutama Hajah Johariah binti Haji Abdul Wahab.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya melintasi barisan Kawalan Kehormatan Statik sebelum menaiki kenderaan khas menuju ke sebuah hotel ternama di Manila, tempat persemayaman baginda di sepanjang Keberangkatan Negara.
Hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina mula terjalin sejak bulan Januari 1984.
Kedua-dua buah negara menikmati kerjasama yang semakin meluas melalui pelbagai kerjasama seperti dalam bidang perdagangan, pelaburan, pertahanan, pertanian, tenaga, pendidikan dan kesihatan.
Republik Filipina juga akan menjadi Tuan Rumah pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30 yang akan diadakan pada 29 April 2017.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]