FacebookInstagramTwitterContact

 

These 3 Stars Are Losing Weight Fast — Thanks To Stellar Winds Way Stronger Than The Sun's           >>           Tesla is reportedly laying off more than 10 percent of its workforce           >>           Adobe previews AI object addition and removal for Premiere Pro           >>           Zinc Supplementation Can Benefit Individuals With Erectile Dysfunction, Reveals Study           >>           Shiitake Mushrooms Are A Powerful Medicinal Superfood           >>           Regular Exercise Can Significantly Lower Your Risk Of Developing Cancer           >>           Various Knowledge Learned Prior To Open a Business           >>           Kobe Bryant’s Daughter Natalia Details How Parents Made Her A Taylor Swift Fan           >>           Pregnant Jenna Dewan Seeking Millions From Ex Channing Tatum’s Magic Mike Income           >>           This Is Why Dozens Of Men Decided To Tie Their Moustaches Together           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Al-Quran Teras Pengajian Wajib


HADIR selaku tetamu kehormat, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.

 


 April 26th, 2017  |  09:43 AM  |   619 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ke arah memartabatkan perguruan ugama dengan menjadikan Al-Quran sebagai sumber yang utama dan juga sebagai teras pengajian yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar adalah tepat dan kena pada masanya.

 

Ini juga termasuk dalam pengajian Kitab Turath, pengintegrasian ilmu antara keilmuan terkini dan tradisi yang wajar dan perlu dipelajari oleh semua peringkat pelajar agar dapat melahirkan manusia pendidik yang berilmu dan beramal menurut acuan Ahli Sunnah Waljamaah yang pertama dan utama.

 

Berikutan usaha-usaha tersebut, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud berasa yakin dan percaya bahawa ia akan membuahkan hasil yang cemerlang dan gemilang.

 

Semasa berucap pada Seminar Nusantara Pendidikan Al-Quran dan Kitab Turath sempena 10 tahun penubuhan KUPU SB berlangsung di Dewan Tarbiyyah Kolej tersebut di sini, Yang Mulia Dato Paduka turut mengambil maklum bahawa usaha-usaha KUPU SB melalui Pusat Ilmu Teras, dalam memperkasa pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dan Kitab Turath bukan sahaja di kalangan mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB, bahkan turut dilaratkan di kalangan kakitangan akademik dan non akademik KUPU SB, khususnya bagi mereka yang dikenal pasti memerlukan bimbingan lanjutan.

 

''Ini adalah suatu usaha dan inisiatif yang sangat tepat dan mulia kerana usaha ini memperlihatkan bahawa pihak KUPU SB benar-benar mengambil berat serta prihatin akan keperluan dan kesejahteraan warga KUPU SB dan dalam hal ini termasuklah kepentingan pendidikan Al-Quran di kalangan mereka,'' jelasnya.

 

Dalam pada itu, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti turut menyarankan agar pihak KUPU SB, iaitu  melalui Pusat Ilmu Teras akan dapat menghidupkan dan mengangkat kembali aktiviti-aktiviti pembudayaan bagi menyemarakkan lagi persada pengajian membaca Al-Quran secara bertarannum di kalangan pelajar-pelajar KUPU SB, sebagaimana suatu ketika dulu tertubuhnya Majlis Al-Qurra di Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan yang telah melahirkan qari dan qariah yang berpotensi besar dan berjaya mengharumkan negara di persada antarabangsa.

 

''Pada hemat saya, usaha sedemikian boleh dilaksanakan dengan wujudnya kerjasama dan kolaborasi tenaga, kemahiran dan kepakaran dari para qari dan qariah tempatan kita dalam hasrat untuk melahirkan generasi pelapis ummah khususnya dalam bidang tilawah Al-Quran secara bertarannum. Saya yakin, para qari dan qariah kita sudah setentunya mampu untuk memikul tanggungjawab ini kerana saya percaya mereka mempunyai pengalaman yang luas, apatah lagi sebahagian mereka terbukti telah berjaya memenangi dan menempah nama di kejohanan dalam dan luar negara,'' terang Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

 

Hal ini tambah Yang Mulia Dato Paduka, sudah setentunya selaras dengan hasrat serta komitmen pihak kepimpinan tertinggi dalam menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah Negara Zikir, di mana melalui usaha-usaha Pusat Ilmu Teras khasnya, telah memberikan laluan mudah kepada KUPU SB untuk menjalankan peranannya dalam merealisasikan hasrat menjadikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dengan memperkasa pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dan Kitab Turath.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Boy, 15, Arrested After Bishop Attacked

 2024-04-16 00:15:00

Tesla Lays Off More Than 10% Of Its Workforce

 2024-04-16 01:41:21