FacebookInstagramTwitterContact

 

MoU Signing for Internationalisation of Higher Education           >>           Mortgage Costs Rise As Banks Confirm Higher Rates           >>           UK Borrowing Casts Doubt On Pre-Election Tax Cut Prospects           >>           UNRWA: Restart Aid To Palestinian UN Agency, EU Urges           >>           World Book Day Celebration           >>           Russian Deputy Defence Minister Detained For Allegedly Taking Bribes           >>           US Federal Law Driving The Latest Abortion Battle At The Supreme Court           >>           Dozens Of Ethiopians Die After Boat Capsizes Off Djibouti Coast           >>           Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia           >>           Keynote Presentation           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pembukaan Gendang Jaga-Jaga Pada 28 September 2017


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selak Oleh : Aimi Sani / Foto : Masri Osman

 


 April 21st, 2017  |  09:53 AM  |   2336 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta akan bermula dengan Pembukaan Gendang Jaga-Jaga pada 28 September 2017 sebagai menandakan bermulanya sambutan tersebut.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta bersabda tarikh pembukaan dan penutup gendang jaga-jaga akan berlangsung pada hari Khamis 28 September 2017 sehingga hari Khamis 12 Oktober 2017.

 

Duli Yang Teramat Mulia bersabda demikian semasa berangkat menghadiri Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta pagi tadi bertempat di Bangunan Jabatan Perdana Menteri, di sini.

 

DYTM dalam sabdanya menyentuh titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menekankan agar apa jua acara-acara bagi Sambutan Jubli Emas baginda menaiki takhta hendaklah dicadang dan dirancang dengan teliti dan perlu mempunyai nilai sejarah yang mana orang ramai akan ghairah untuk bersama-sama menyaksikan atau menyertai serta dihargai dan dan bukannya dinilai daripada banyaknya jumlah acara yang dirancang.

 

DYTM juga percaya setiap jawatankuasa sektoral sedang giat berusaha mengendalikan rancangan serta menyusun acara-acara dengan mengambil kira beberapa perkara.

 

“Jawatankuasa-jawatankuasa sektoral hendaklah sentiasa dipandu oleh titah paduka ayahanda yang menekankan aspek kesederhanaan dan sifat sambutan sebagai petanda bagi segala rakyat. Komitmen serta dedikasi yang diberikan akan terus berkekalan, lebih-lebih lagi pada peringkat pelaksanaannya nanti, ke arah memastikan setiap perancangan berjalan dengan lancar dan sempurna.

 

Semangat permuzakarahan serta penyelarasan yang berterusan antara jawatankuasa-jawatankuasa sektoral berkaitan dengan pihak-pihak yang berkepentingan lainnya adalah mustahak. Sambutan Jubli Emas diharapkan memberikan impak besar dalam menjana serta menggiatkan aktiviti perekonomian yang mampan.

 

Mengenai dengan pataratna diraja untuk dibuat baru sahaja dengan reka bentuk yang moden dan bersesuaian, iaitu tidak terlalu besar (praktikal), tidak terlalu tinggi dan ‘simple’ di mana reka bentuk yang tidak bersesuaian perlu dielakkan serta yang paling penting, reka bentuk berkenaan tidak menyalahi dan bercanggah dengan ugama Islam,” sabda DYTM.

 

Paduka ayahanda tambah sabda DYTM, turut menekankan untuk berjimat cermat dalam membuat dan mereka pataratna berkenaan.

 

DYTM seterusnya bersabda mengenai dengan laluan perarakan Sambutan Jubli Emas untuk bermula dan berakhir di hadapan Balai Bomba Bandar Seri Begawan sahaja seperti perarakan jubli perak.

 

Paduka ayahanda sabda DYTM, seterusnya bertitah bahawa apa yang penting ialah perarakan itu sendiri kerana ianya adalah acara yang walid daripada acara sambutan paduka ayahanda dan penglibatan dan aktiviti orang ramai yang dapat ikut serta dan mengiringinya.

 

“Mengenai dengan cadangan membina dewan besar kekal. Paduka ayahanda bertitah ia merupakan cadangan yang baik tetapi dalam keadaan ekonomi semasa dan keperluan untuk berjimat cermat, cadangan untuk membina boleh difikirkan dikemudian hari.

 

Projek-projek yang dilaksanakan biarlah yang mendatangkan faedah kepada orang ramai seperti Pasar Gadong dan Kianggeh. Jika dewan dibina, ianya memerlukan peruntukan yang tinggi untuk membina dan juga peruntukan bagi ‘maintenance cost’.

 

Pada masa ini, Bangunan Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah sudah mempunyai reka bentuk yang indah dan percaya orang ramai yang melawatnya nanti akan merasa kagum,” DYTM menambah sabda.

 

Sebagai kesimpulan melalui titah-titah paduka ayahanda sabda DYTM, dalam merancang Sambutan Jubli Emas paduka ayahanda ini, acara-acara perlulah bersifat sederhana, ‘simple’ serta mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai tarikan kepada orang ramai.

 

Dalam perkara yang berkaitan, paduka ayahanda juga memperkenankan supaya potret wajah paduka bonda menghiasi pintu-pintu gerbang di semua daerah bersebelahan potret paduka ayahanda.

 

DYTM menjunjung tinggi segala titah-titah paduka ayahanda tersebut sebagai panduan hala tuju pelaksanaan acara-acara dan aktiviti-aktiviti sambutan.

 

Justeru itu, DYTM menekankan supaya jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan untuk memberikan perhatian yang khusus mengenai dan mengambil tindakan yang perlu terhadap perkara-perkara dalam titah paduka ayahanda tadi.

 

DYTM seterusnya berharap agar perbincangan pada hari ini akan dapat mencetuskan pemikiran bernas dan berupaya memudah cara serta mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan acara-acara sambutan selaras dengan hasrat untuk melihat kesempurnaan dan kewalihan acara yang direncanakan ini.   

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Mortgage Costs Rise As Banks Confirm Higher Rates

 2024-04-24 08:19:11