FacebookInstagramTwitterContact

 

Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>           Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pengusaha belia tempatan ketengahkan pelbagai produk


| Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 April 1st, 2017  |  08:22 AM  |   586 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 31 Mac. -  Festival Makanan dan Fesyen Brunei 2017 (Brunei Food & Fashion Festival 2017) yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dihasrat sebagai landasan bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk-produk pengusaha anak belia tempatan ke peringkat yang lebih jauh.

 

Sehubungan itu, lebih 50 petak jualan disediakan bagi memberi laluan kepada belia-belia tempatan menyertai festival yang akan diadakan selama seminggu bermula hari ini sehingga 6 April depan.

 

Hadir merasmikan festival tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Awang Farisan bin Mansur bagi pihak pengurusan Star Bugs Event Management dalam ucapan alu-aluannya menyatakan, pelbagai jenis produk  diketengahkan di festival berkenaan oleh para belia yang berpotensi bukan sahaja di dalam negeri malahan  ada di antaranya sudah melangkah jauh sehingga ke luar negeri.

 

Ini jelasnya, adalah satu pencapaian yang amat membanggakan terutama bagi pengusaha Belia Brunei yang masa ini sudah berani keluar dari kepompong mereka sendiri.

 

Menurutnya lagi, pameran festival yang dipamerkan sendiri oleh pengusaha-pengusaha belia Brunei termasuk usahawan Brunei yang telah pun lama bertapak di Brunei Darussalam sedikit sebanyak menolong meningkatkan ekonomi Negara Brunei Darussalam.

 

Festival kali ini  mempromosikan produk-produk kecantikan, makanan dan hijab yang disertai oleh  belia-belia Brunei termasuk usahawan negara ini yang telah lama bergiat dalam bidang perniagaan.

 

Turut ditawarkan pada festival kali ini ialah pembelian Durian Musang King pada harga istimewa daripada vendor, di samping pemberian lebih 100 telur secara percuma termasuk 100 martabak dan minuman panas.

 

Penganjur menyarankan orang ramai untuk mengambil kupon terlebih dahulu daripada pihak komiti di Stadium Tertutup tersebut.

 

Selain jualan, pihak pengajur turut menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik bagi kanak-kanak yang hadir antaranya permainan ‘bouncer’, Kid Gokart, Bubble Ballons, beca dan bergambar bersama Dinosaur.

 

Matlamat festival ini adalah untuk menambahkan pendapatan para usahawan dan peniaga Brunei terutama sekali semasa musim cuti persekolahan penggal pertama di mana orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung dan  memeriahkan lagi festival ini.

 

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17