Home > Bahasa Melayu
Jabatan Penjara anjurkan ekspo pameran dan jualan
| Foto : Jabatan Penjara
April 1st, 2017 | 08:18 AM | 664 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 31 Mac. - Jabatan Penjara menganjurkan Ekspo Pameran dan Jualan Produk Jabatan Penjara Sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara Ke-63 Tahun yang diadakan selama tiga hari bermula 31 Mac sehingga 2 April 2017, bertempat di Giant Hypermart Tasek Rimba.
Ekspo pameran dan jualan tersebut dirasmikan oleh Pemangku Pengarah Penjara, Awang Haji Ismail bin
Haji Murat.
Di bawah seliaan Jabatan Penjara, beberapa petak jualan disertai oleh institusi-institusi penjara, iaitu Penjara Jerudong, Penjara Maraburong dan Penjara Wanita termasuk petak jualan yang disediakan kepada rakan seliaan.
Ekspo berkenaan antara lain bertujuan mengetengahkan dan memperlihatkan kepada masyarakat hasil kerja tangan penghuni-penghuni Penjara Lelaki dan Wanita.
Antara jenis-jenis jualan perabot adalah seperti meja seterika, meja kopi, rehal, meja serbaguna dan juga hasil seni kreatif seperti khat tulisan Jawi bagi perhiasan dinding rumah.
Manakala Penjara Maraburong pula menjual barang-barang kimpalan seperti set penyalaian, penyadai baju, meja seterika dan sebagainya dan bagi Penjara Wanita pula menawarkan jualan seperti tudung, songkok dan sebagainya.
Jabatan Penjara akan sentiasa berusaha ke arah meningkatkan keberkesanan program pemulihan selaras dengan visi dan misi Jabatan Penjara ke arah Perancangan Strategik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 2005 - 2035, iaitu menyediakan secara berterusan program-program pembentukan akhlak pemulihan yang sempurna supaya penghuni insaf dan kembali ke pangkuan masyarakat berilmu, berakhlak dan beragama.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]