Home > Bahasa Melayu
Pelantikan dan kenaikan pangkat Pegawai Kanan PDB
PESURUHJAYA Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam semasa sesi bergambar ramai. | Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
March 31st, 2017 | 08:37 AM | 4149 views
BANDAR SERI BEGAWAN
GADONG, Khamis, 30 Mac. - Bertempat di Dewan Bankuet Mes Pegawai, Kompleks Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) hari ini berlangsung Majlis Perlantikan dan Kenaikan Pangkat seorang Pegawai Kanan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).
Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (Senior Assistant Commissioner of Police), Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pemangku Sementara Timbalan Pesuruhjaya Polis untuk dilantik dan dinaikkan pangkat sebagai Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis selama enam (6) bulan bermula pada 1 Mac 2017.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam dan isteri, Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid.
Juga hadir sama ialah pegawai-pegawai kanan PDB, majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]