FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Seminar beri inspirasi kepada pencipta


PROFESOR Madya Dr. Chong Wen Tong semasa membentangkan kertas kerjanya bertajuk ‘Inovasi Hijau dalam Reka Bentuk Produk dan Penyelidikan’. | Foto : Hamzah Mohidin

 


 March 31st, 2017  |  08:34 AM  |   1359 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

TUNGKU LINK, Khamis, 30 Mac. - Seminar bersempena Pertandingan CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2017 bertujuan untuk memberi inspirasi kepada semua pencipta dan menggalakkan para pencipta ke arah pembangunan serta ciptaan berpotensi untuk dikomersialkan.

 

Selain itu, seminar bertemakan 'Inovasi Ke Arah Ekonomi Mapan' anjuran Universiti Teknologi Brunei (UTB) itu adalah untuk mempromosikan Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota yang berprestij.

 

Sebanyak tiga pembentangan disampaikan pada seminar tersebut yang disampaikan oleh Profesor Madya Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya, Malaysia, Profesor Madya Dr. Chong Wen Tong; Pensyarah di Kejuruteraan Petroleum, UTB, Profesor Stephen Tyson dan Pensyarah Kejuruteraan Elektrikal di Universiti Malaya, Malaysia, Profesor Dr. Mahmoud Moghavvemi yang berlangsung di Dewan Kuliah 2, UTB.

 

Pembentangan pertama bertajuk 'Inovasi Hijau dalam Reka Bentuk Produk dan Penyelidikan' yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Chong Wen Tong antara lain memperkenalkan reka bentuk inovasi hijau sebagai kaedah reka bentuk baharu yang diterima secara meluas oleh negara-negara membangun di Barat.

 

Reka bentuknya, jelas beliau, menggunakan sepenuhnya sumber-sumber termasuk sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy) dan menggunakan sumber tenaga yang sedikit sepanjang kitaran hayatnya.

 

''Ia juga mempertimbangkan bagaimana untuk menghapuskan atau mengurangkan pencemaran dan mempertimbangkan manfaat ekonomi yang terhasil oleh produk dari sudut pandangan pembangunan mampan,'' ujarnya yang pernah memenangi tempat pertama pada Anugerah Harta Intelek Negara 2016 (Kategori Paten) dan telah dianugerahkan 'Energy Invention Order of Merit' pada Festival Anugerah Pencipta Dunia 2012.

 

Sementara itu, pembentangan kedua disampaikan oleh Profesor Stephen Tyson bertajuk '30 Tahun Inovasi dalam Industri Petroleum - Ke mana hala tuju kita?', di mana beliau mempunyai pengalaman selama 30 tahun bekerja dalam industri minyak dan gas.

 

Semasa menyampaikan pembentangannya, Profesor Stephen Tyson menyentuh mengenai beberapa perubahan dalam industri petroleum sejak 30 tahun lalu dan implikasinya terhadap pelajar-pelajar kejuruteraan.

 

Beliau turut mengongsikan mengenai inovasi masa depan dalam industri tersebut dan menyarankan jurang kemahiran serta peluang-peluang pekerjaan.

 

Profesor Stephen Tyson juga menerangkan mengenai kesan kejatuhan atau harga tenaga tidak menentu pada industri ini dan secara khususnya, inovasi dan pengambilan.

 

Manakala Profesor Dr. Mahmoud Moghavvemi yang membawakan tajuk 'Our Humble Journey Towards Innovation' menerangkan perbezaan di antara ciptaan dan inovasi, di mana ciptaan adalah idea untuk produk baharu dan inovasi adalah penyelesaian kreatif untuk melaksanakannya ke dalam amalan, iaitu proses mengubah idea-idea baharu ke dalam produk dan perkhidmatan baharu ke arah meningkatkan kehidupan rakyat.

 

Beliau turut berkongsi mengenai pengalaman penyelidikan, ciptaan lalu dan projek yang sedang dilaksanakannya ketika ini di Pusat Penyelidikan Gunaan Elektronik (CRAE), Universiti Malaya.

 

Kesemua ahli pembentang tersebut juga merupakan panel hakim pada peringkat pembentang peserta dan penilaian hakim bagi Pertandingan CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2017 yang telah diadakan pada 28 dan 29 Mac di UTB.

 

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluan Pengarah Pusat Pengangkutan (CfTR), Dr. Tan Soon Jian, selaku Ketua Bersama Jawatankuasa Seminar menjelaskan, bersempena Pertandingan CIPTA tahun ini, pihak UTB akan menganjurkan beberapa siri seminar bagi menyokong para peserta pertandingan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

 

Antara tujuan seminar adalah untuk memberi inspirasi kepada semua pencipta dan menggalakkan para pencipta ke arah pembangunan dan ciptaan berpotensi untuk dikomersialkan, selain untuk mempromosikan Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota yang berprestij ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53