FacebookInstagramTwitterContact

 

Tahlil Ceremony           >>           The Sweet-Smelling Honeysuckle Has A Variety Of Medicinal Benefits           >>           Study: Betalains In Beets Can Help Reduce Fatigue And Boost Athletic Performance           >>           6 Tasty And Simple Ways To Add More Plant-Based Protein To Your Diet           >>           Fisherman Discovers Mysterious Deep Ocean 'Alien From The Depths' With Strange Tentacles           >>           I Never Force My Son To Say Please And Thank You – He Shouldn’t Have To Beg           >>           Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging           >>           China Economy Grows Faster Than Expected In First Quarter           >>           Unemployment Jumps As UK Jobs Market Stalls           >>           Scotland's Unemployment Rate Down Over Winter           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keluarga berperanan penting pembentukan sahsiah anak


| Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 


 March 30th, 2017  |  06:46 AM  |   636 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 Mac. – Bagi memperkasa pendidikan kekeluargaaan dalam kalangan umat Islam masa kini selain daripada mengenalpasti isu-isu dan cabaran dalam kehidupan berkeluarga, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) menganjurkan Seminar Antarabangsa Fiqh Al-Usrah 2017 bertempat di Dewan Tarbiyah, KUPU SB, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat  merasmikan seminar tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

 

Terdahulu, Pengarah Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah KUPU SB, Hajah Aisyah binti Haji Ghani selaku Pengerusi Seminar dalam ucapannya berkata seminar selama dua hari itu membawa tema "Pendidikan Kekeluargaan Menjana Generasi Berwawasan". 

 

Keluarga ujarnya, memainkan peranan penting dan merupakan ejen pembentukan sahsiah anak-anak.

 

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap kes kekeluargaan dan pengabaian yang menyumbang kepada peningkatan isu-isu sosial, keruntuhan institusi keluarga dan keruntuhan akhlak anak muda yang sering dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa menggalas amanah dan tanggungjawab  masing-masing, lebih-lebih lagi di era teknologi maklumat dan siber ini.

 

Justeru itu, beliau menjelaskan bahawa pendidikan kekeluargaan perlu mendominasi pembentukan sahsiah anak-anak dan memainkan peranan penting dalam menjana generasi berwawasan yang berilmu, berakhlak dan dinamik.

 

Seminar dimuatkan dengan pembentangan tiga kertas utama yang disampaikan oleh Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar yang membawa tajuk ‘Bi'ah Keluarga Sakinah Asas Pembangunan Masyarakat’, Profesor Madya Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Kulliyyah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Madya Dr. Mastura binti Badzis membawakan tajuk ‘Mendepani Cabaran Membina Generasi Berwawasan’ dan Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail dari Jabatan Syar'iyyah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pula membentangkan tajuk  ‘Mengurus Keluarga dan Kerjaya dalam Organisasi:Analisis Menerusi Pendekatan Al-Radayyun, Al-Maqasidi dan Al-Wasatiyyah’.

 

Selain itu, seminar juga melibatkan pembentangan 48 kertas kerja selari yang disampaikan oleh ahli-ahli akademik dari dalam dan luar negara seperti Malaysia, Indonesia dan Maldives yang disampaikan dalam tiga bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

 

Kira-kira 200 orang peserta yang terdiri daripada ahli akademik, pegawai dan kakitangan kerajaan, mahasiswa dan mahasiswi institut pengajian tinggi serta orang awam menghadiri seminar tersebut.

 

Seminar  diharap dapat memberikan penjelasan kepada masyarakat mengenai pendidikan kekeluargaan termasuk cabaran-cabaran dalam menjalani hidup bekeluarga yang semakin mencengkam selain boleh dijadikan platform untuk penyebaran ilmu dan perkongsian maklumat serta pengalaman yang berkaitan dengan isu-isu kekeluargaan di Negara Brunei Darussalam.

 

Di samping itu ianya juga menjadi wadah dalam menanai objektif Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah untuk menjadi pusat kajian dan penyelidikan ilmiah berhubung dengan Fiqh Al-Usrah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi keperluan ugama, masyarakat dan negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad

 2024-04-16 23:58:01

Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging

 2024-04-17 00:46:50