Home > Bahasa Melayu
Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun. | Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
March 29th, 2017 | 10:08 AM | 817 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, yang sedang berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan kerja.
Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Malaysia telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Sabah, Malaysia.
Menyertai bersama Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Malaysia pada Majlis Mengadap itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani Khanizaman.
Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.
Majlis Mengadap tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]