FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkhemahan Pengakap Kebangsaan Ke-22 PPNBD tutup tirai


SETIAUSAHA Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh hadir selaku tetamu kehormat pada Upacara Penutupan Rasmi Perkhemahan Pengakap Kebangsaan Ke-22. | Foto : Ihsan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam

 


 March 25th, 2017  |  07:42 AM  |   1207 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Mac. - Perkhemahan Pengakap Kebangsaan Ke-22 anjuran Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) selama lima hari yang menghimpunkan 554 ahli pengakap dari Negara Brunei Darussalam dan pengakap luar negara berakhir hari ini.

 

Upacara penutupan rasmi perkhemahan bertemakan ‘Membangun Keperibadian Generasi Muda Melalui Kaedah Berpengakap’, itu disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh yang berlangsung di arena PPNBD, Gadong.

 

Objektif perkhemahan yang bermula pada 19 Mac hingga 23 Mac 2017 di Pusat Latihan dan Kegiatan, PPNBD itu adalah untuk memberikan peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman, kemahiran semasa berkhemah, bekerjasama dalam satu pasukan, membina sifat-sifat kepimpinan serta mengenali rakan sebaya baharu dengan semangat persaudaraan yang kukuh.

 

Selain itu, perkhemahan tersebut juga memberikan peluang kepada para peserta untuk mengaplikasikan pembelajaran ilmu pengakap mereka, membina jati diri dan sifat-sifat kepimpinan mereka dan seterusnya membentuk sifat dan sikap yang kental, cekal, berinisiatif serta produktif.

 

Perkhemahan yang disertai oleh ahli-ahli pengakap dari PPNBD, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sabah, Sarawak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Gerakan Pramuka Indonesia dihasrat untuk mengukuhkan lagi bakat dan kemahiran dalam ilmu pengakap serta untuk mencetus minda yang berdaya maju.

 

Peserta perkhemahan terdiri daripada ahli-ahli Pengakap Tunas, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana. 

 

Menerusi pelbagai kegiatan yang dianjurkan sepanjang perkhemahan itu diharap dapat melahirkan barisan pelapis kepimpinan generasi masa depan.

 

Kesempatan berkumpul di dalam perkhemahan akan dapat memberikan peluang di dalam mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli pengakap di samping ia dapat membina ketahanan diri dan memberikan pengalaman baharu kepada generasi muda bangsa kita. 

 

Pelbagai kegiatan yang dijalankan sepanjang perkhemahan itu dapat membentuk jati diri yang utuh dan bersedia menghadapi cabaran dan rintangan di dalam kehidupan mereka seharian. 

 

Dengan menyertai perkhemahan itu juga, keupayaan dan pengetahuan ahli-ahli pengakap akan dapat dipertingkatkan melalui penyediaan khemah masing-masing dan penyertaan di dalam pelbagai kegiatan yang diadakan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16