Home > Bahasa Melayu
Rondaan pencegahan jenayah di Kampung Puni
RONDAAN ke tempat rumah kosong bagi memastikan tidak ada aktiviti jenayah dijalankan. | Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei
March 25th, 2017 | 07:41 AM | 2041 views
TEMBURONG
TEMBURONG, Rabu, 23 Mac. - Daerah Polis Temburong terus mempergiatkan rondaan pencegahan jenayah, gandingan di antara Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Bangar dan Ibu Pejabat Daerah Polis Temburong bersama Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Puni.
Hadir semasa rondaan tersebut ialah Timbalan Pengerusi PK Puni, Awang Haji Mohammah Lampong @ Muhammad Saf'e bin Haji Mudin.
Menurut Siaran Akhbar Pasukan Polis Diraja Brunei, rondaan berjalan kaki dan menggunakan kenderaan dijalankan di kawasan kampung berkenaan bagi memastikan kawasan kampung dalam keadaan selamat dari sebarang kegiatan jenayah.
Rondaan tersebut dijalankan dari jam 9.00 malam sehingga larut malam.
Source:
@BRUDIRECT.COM
by Pasukan Polis Diraja Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]