FacebookInstagramTwitterContact

 

Joint Operation           >>           Fuel Stations Temporary Closure           >>           Pitcher Plant Conservation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           SEAMEO Centres Policy Research Network Summit Closing Ceremony           >>           Sainsbury's Says Almost Everyone Now Shops In Store           >>           Hersh Goldberg-Polin: Gaza Hostage's Parents Urge Him To 'Stay Strong' After New Video           >>           UNISSA Sinaut Campus Hari Raya Celebration           >>           Europe At Risk Of Dying Faces Big Decisions – Macron           >>           Harvey Weinstein's 2020 Rape Conviction Overturned In New York           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Musabaqah Malam Kedua Tampilkan Lapan Qari, Qariah


HADIR di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman (kiri) selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah tersebut. Juga hadir Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat (tengah) dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi (kanan). | FOTO: PELITA BRUNEI (Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

 


 April 21st, 2016  |  10:06 AM  |   2722 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 20 April. – Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi diteruskan lagi dengan mengetengahkan empat qari dan empat qariah yang masing-masing memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bagi hari kedua yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Hadir di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi serta para pembesar negara, Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap.

 

200416 HJMAS2 QURAN

JUGA hadir Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Hj Awang Abu Bakar bin Haji Apong (kanan); Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (tengah) dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Hj Mohd Yussof (kiri).

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kunchang.

 

Musabaqah kemudiannya dimulakan dengan bacaan Al-Quran dari empat peserta iaitu dua qari dan dua qariah.

 

Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid oleh penuntut-penuntut Sekolah Arab Sungai Akar, Jabatan Pengajian Islam.

 

Kemudiannya musabaqah disambung semula dengan empat lagi peserta iaitu dua qari dan dua qariah memperdengarkan bacaan mereka di majlis tersebut.

 

200416 HJMAS4 QURAN

PESERTA qari dan qariah, Awangku Muhd Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki (atas) dan Dayang Hajah Nurfaezah binti Haji Emran (bawah) memperdengarkan bacaan pada musabaqah malam kedua.

200416 HJMAS3 QURAN

Para peserta pada malam kedua ini terdiri daripada Awangku Muhd. Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki; Dayang Hajah Nurfaezah binti Haji Emran; Awang Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya; Dayang Hajah Nurul Akmalina binti Haji Yahya; Haji Awang Mohd. Fikri bin Haji Awang Metussin; Dayang Siti Huzaimah Yadey binti Haji Rosli; Awang Mohd. Zul-Hafiz bin Awang Tengah dan Dayang Norezah binti Haji Md. Deli.

 

Musabaqah membaca Al-Quran ini telah dimulakan di peringkat masjid, surau dan balai ibadat bagi memilih qari dan qariah untuk memasuki Musabaqah Peringkat Zon dan Daerah, dan peserta-peserta yang memperolehi markah 75 peratus ke atas dalam Musabaqah Peringkat Zon dan Daerah itu adalah layak untuk mengikuti pertandingan di Peringkat Suku Akhir.

 

200416 HJMAS5 QURAN

ANTARA Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara yang hadir pada Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masehi bagi malam kedua.

 

Seramai 82 peserta yang terdiri daripada 59 qari dan 23 qariah telah bertanding di Peringkat Suku Akhir Kebangsaan yang telah diadakan selama empat hari berturut-turut bermula pada 23 hingga 26 November 2015 bertempat di Masjid Rancangan Perumahan Negara, Kampung Mentiri.

 

Hasil dari musabaqah itu, seramai 58 peserta (37 qari dan 21 qariah) telah bertanding di Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan pada 2 hingga 4 Februari 2016 yang lalu di Dewan Utama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kampung Pulaie.

 

200416 HJMAS7 QURAN

ANTARA yang hadir mendengarkan bacaan dari empat qari dan empat qariah pada musabaqah bagi malam kedua termasuklah isteri menteri-menteri kabinet.

 

Dari musabaqah tersebut, seramai 12 peserta iaitu 6 qari dan 6 qariah menyertai Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun ini, termasuk qari dan qariah musabaqah pada tahun 2015, sebagai johan-johan menunggu.

 

Musabaqah Peringkat Akhir Kebangsaan diadakan selama tiga malam berturut-turut bermula semalam, 19 April 2016, di tempat yang sama.

 

Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/ 2016 Masihi membawakan tema "Al-Quran Penawar dan Ubat Bagi Rohani dan Jasmani".

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

Sainsbury's Says Almost Everyone Now Shops In Store

 2024-04-26 02:05:05