FacebookInstagramTwitterContact

 

BORNEO HOUSING AGENCY: Terrace House in Bengkurong (B$190K, Property Chinese Owned) • Industrial Warehouse in Menglait, Gadong for Rent • Shop house in Gadong (Ground Floor) for Rent • Industrial Shops in Bunut for Sale • Land in Jerudong for Sale • Shop house in Kiulap for Sale (44 years lease, approx 5,000.00 per month rental) • Chempaka Terrace House for Rent (3 bedrooms, B$700.00 per month) • Shop house in Kiarong for Sale (B$380.00) • TEL: +6738732975, +6738839007           >>           Fully furnished office space for rent at Regus Brunei. Call +673-886-2879 or go to www.regus.com.bn           >>           Private Company Urgently Need Houses & Flats for Rent in Bandar Seri Begawan, Kindly Contact the ff. nos. for further information: 242-7623/+673 883-9007           >>           Local Firm Fined For Evading Tax           >>           His Majesty Message of Condolences to United Kingdom           >>           More Than 500 Participated HKK 2017 Instagram Contest           >>           Corruption Case           >>           Custom Case           >>           Perutusan Takziah Berikutan Serangan Letupan Di Manchester           >>           Kebawah DYMM Raja Isteri Berkenan Menerima Mengadap           >>           Lebih 500 sertai Peraduan Instagram HKK 2017           >>           CONPHA Sebagai Platform Tambah Baik Pengurusan Kedermawanan           >>           Dinamik, Profesional, Beretika Laksanakan Tugas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Melihat Anak Bulan Ramadhan 1438H
May 26th, 2017 | 15:00 PM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:33AM

Subuh

: 04:43AM

Syuruk

: 06:06AM

Doha

: 06:30AM

Zohor

: 12:18PM

Asar

: 03:42PM

Maghrib

: 06:28PM

Isyak

: 07:42PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Teruskan usaha meningkatkan produktiviti negara


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.|Foto : Hamzah Mohidin, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 March 21st, 2017  |  09:43 AM  |   278 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Mac. - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menegaskan bahawa sebarang usaha yang akan dilaksanakan tidak akan tercapai tanpa adanya kerjasama dan kesepaduan semua pihak yang menjayakannya.

 

Di samping itu, tegas Yang Berhormat, kita juga perlu bijak menangani sumber yang sedia ada, selain meraih peluang-peluang lain di hadapan baik di arena global, serantau mahu pun di dalam negeri.

 

Dalam menangani isu kepentingan rakyat, sebarang usaha penambahbaikan adalah merupakan sokongan dan dukungan semua pihak sama ada secara dalaman dari jabatan-jabatan di bawah kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dengan penyertaan semua peringkat masyarakat dan pihak-pihak yang berkepentingan seperti NGOs iaitu menjurus kepada 'a whole of nation approach'.

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Persidangan Majlis Mesyuarat Negara dari Musim Permesyuaratan Ketiga Belas yang bersidang di sebelah pagi di Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Terdahulu menurut Yang Berhormat, kedudukan ekonomi negara ini yang mengalami defisit sejak 3 tahun yang lalu, mengajar kita untuk membuat perubahan, berubah dan berusaha gigih, mencari dan meneroka sumber-sumber pendapatan lain dan lebih berhemah dalam perbelanjaan.

 

''Kita perlu menukar isu dan cabaran krisis kewangan ini sebagai peluang (opportunities). Pada saya, ia mengajak kita untuk mengubah sikap memperkukuh jati diri kita supaya lebih gigih berusaha dengan lebih bersemangat dan iltizam dan tidak mudah berputus asa,'' terang Yang Berhormat Menteri.

 

Yang Berhormat berkata, sejarah telah membuktikan bahawa nasib mereka yang dilanda kesusahan dan kesempitan menjadi orang yang berjaya di penghujungnya dengan berbekal semangat kecekalan dan keyakinan diri.

 

Mereka yang menjadi 'boat people' ujar Yang Berhormat tidak mendampar di negara tempat mereka terdampar, hanya bergantung pada bantuan, tetapi berjaya hidup menjadi pengusaha-pengusaha yang berjaya di negara terdampar dengan usaha gigih.

 

''Di sinilah perlunya kita berusaha menumpukan fokus bagi membina kapasiti dan model insan untuk Negara Brunei Darussalam. Model insan yang berjiwa besar yang berkualiti dan produktif yang akan dapat meningkatkan produktiviti negara. Kita menjadi bangsa yang berjiwa besar. Selaku umat Islam, kita mesti mencontohi jati diri dan kewibawaan umat Islam pada zaman Nabi dan zaman kegemilangan Islam abad ke-8 hingga abad ke-11,'' tambah Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat juga menyentuh mengenai penglibatan orang-orang Melayu dalam perniagaan di mana kerajaan sememangnya sudah lama memberikan perhatian dan dukungan bagi melahirkan dan memajukan peniaga-peniaga dan pengusaha-pengusaha Melayu iaitu sejak tahun 80-an dengan penubuhan Lembaga Kemajuan Ekonomi yang kemudian dikembangkan menjadi Islamic Development Bank.

 

Menyedari akan hakikat ini jelas Yang Berhormat, penubuhan Bank SME adalah disambut baik yang objektifnya adalah untuk membimbing, membantu dan memajukan peniaga-peniaga mikro kecil dan sederhana agar membolehkan mereka untuk meneruskan dan memperkembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih maju dan berupaya menyumbangkan kepada kemajuan ekonomi negara.

 

Sehubungan dengan itu ujar Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, ia memerlukan komitmen perubahan minda dan sikap orang-orang kita agar memanfaatkan kemudahan yang ditawarkan oleh Bank SME dengan penuh bijak.

 

''Kita perlu terus membudayakan 'financial literacy' dalam kalangan segenap lapisan masyarakat kita. Kita semua perlu mengamalkan sikap berbelanja secara berhemah. Dalam melaksanakan program-program dan aktiviti perkhidmatan, kita perlu meneroka perancangan yang melibatkan 'stakeholders' di luar kelaziman dengan kaedah kreatif dan inovatif serta penggunaan aset atau infrastruktur yang sedia ada,'' terang Yang Berhormat.

 

Pada Persidangan hari kesebelas itu, ahli-ahli yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara yang dilantik turut menyampaikan ucapan-ucapan penangguhan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


LPPB Committed To Provide Affordable Housing – Hajiji

 2017-05-24 08:18:04

Philippines President Duterte Declares Martial Law On Mindanao Island

 2017-05-24 08:33:16

Blackstone, Softbank Deals Put Saudi’s Sovereign Fund On The Map

 2017-05-24 08:59:18