FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jubli Emas Kebawah DYMM Sambut penuh makna sejarah


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) semasa mesyuarat di jalankan | Foto : Masri Osman

 


 February 28th, 2017  |  08:13 AM  |   3630 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Februari. - Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta adalah sambutan yang julung-julung kali diadakan, setentunya dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta bersabda, inilah peluang bagi semua lapisan rakyat  dan penduduk Brunei  Darussalam untuk sama-sama menyambut detik gilang-gemilang pemerintahan paduka ayahanda sebagai raja yang bijaksana dan sentiasa prihatin terhadap perpaduan dan kesejahteraan rakyat dan negara ini.

 

Justeru itu, sabda DYTM, amatlah wajar hari tersebut disambut dengan penuh makna sejarah terutamanya bagi menghargai setinggi-tingginya kepimpinan paduka ayahanda dan sumbangan besar dalam menerajui hala tuju negara di sepanjang tempoh 50 tahun pemerintahan.

 

DYTM juga menekankan keutamaan penglibatan mantap dan bersungguh-sungguh keseluruhan rakyat dan penduduk dalam menjayakan acara-acara besar seumpama itu lebih-lebih lagi di kalangan belia.

 

Perkara ini adalah selaras dengan hasrat untuk menggalakkan volunteerism atau sifat gemar menyumbang kepada perkara-perkara yang berkepentingan nasional dengan semangat cintakan tanah air dan menjulang tinggi kepimpinan raja, sabda DYTM.

 

Dengan yang demikian, DYTM bersabda, adalah penting dalam era globalisasi dunia masa kini yang telah mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan arus pasca permodenan.

 

''Apatah lagi, perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat juga mampu mengubah bentuk pemikiran, ideologi dan budaya sesebuah masyarakat khususnya para belia jika tidak ditangani dengan betul.

 

Di sinilah di mana jawatankuasa ini dapat berperanan dalam sama-sama menyumbang kepada usaha membendung kesan negatif tersebut,'' sabda DYTM di Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta bertempat di Jabatan Perdana Menteri, di sini.

 

DYTM seterusnya bersabda menggesa Jawatankuasa Jubli Emas tersebut, untuk mengambil peluang dari sambutan berkenaan ke arah memperkukuhkan lagi Konsep Melayu Islam Beraja sebagai amalan berterusan dalam membangun masyarakat yang berbekal keislaman yang murni, yang mengutamakan perpaduan sebagai calak kehidupan kitani orang Brunei.

 

Namun kejayaan dalam merealisasikan hasrat tersebut, tegas DYTM, bergantung sepenuhnya kepada sejauh mana kita berupaya menarik minat dan menggalakkan penyertaan golongan-golongan yang disasarkan.

 

Justeru, sabda DYTM, strategi komunikasi yang berkesan adalah diperlukan dan ianya mestilah dirancang sedari awal yang berupaya menarik penglibatan mereka dalam acara-acara sambutan.

 

Sabda DYTM, pendekatan-pendekatan melalui penggunaan teknologi semasa dan media elektronik misalnya aplikasi muat turun seharusnya menjadi pilihan utama dalam strategi pembarigaan nanti.

 

''Dalam hal ini, saya gembira mengetahui bahawa setiap Jawatankuasa Sektoral sedang giat mengadakan perbincangan bagi persiapan dan persediaan tertentu untuk memastikan pelaksanaan acara-acara yang disusun dengan penuh teratur, rapi dan sempurna,'' sabda DYTM.

 

Bagi tujuan itu, DYTM bersabda agar komitmen, ketekunan, serta permuafakatan perlu dilakukan, yang menggambarkan perpaduan erat yang dibina dan dipupuk sejak sekian lama di kalangan rakyat dan penduduk dengan berpaksikan ketaatan dan kesetiaan kepada raja dan negara.

 

''Namun dalam kita menimbangkan cadangan-cadangan acara sambutan, hendaklah kita sentiasa terpandu oleh titah paduka ayahanda yang menekankan sifat sambutan sebagai 'petanda' bagi sejarah dan seterusnya mengamalkan kesederhanaan.

 

Apa yang paling mustahak sekarang ialah supaya setiap yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tidak tersasar dari sasaran masa dan peruntukan yang telah ditetapkan,'' tegas DYTM.

 

Dengan yang demikian dalam mesyuarat itu DYTM, berharap agar perbincangan lebih tertumpu kepada kemajuan pelaksanaan perancangan setiap sektoral, iaitu termasuklah kemungkinan adanya perkara-perkara bersangkut paut yang boleh menjadi kewahaman dan cabaran kepada mana-mana Jawatankuasa Sektoral yang memerlukan penyelesaian di peringkat jawatankuasa. 

 

Sebelum mengakhiri sabda, DYTM selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas, berasa penuh yakin bahawa ahli-ahli jawatankuasa di permesyuaratan  akan sama-sama memberikan pandangan dan pendapat yang bernas lagi berguna ke arah memastikan kesempurnaan acara-acara Sambutan Jubli Emas paduka ayahanda DYTM menaiki  takhta yang akan menjelang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16