FacebookInstagramTwitterContact

 

Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>           Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>           In Pictures: India Votes In World's Biggest Election           >>           Blunt Olyroos Suffer Calamitous Loss In Olympic Games Qualifier           >>           The Bolden The Beautiful: Sarina On The Jets, The Philippines, And The Growth Of The Game           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keberangkatan meriahkan Kayuhan Semangat Hari Kebangsaan


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berserta paduka-paduka anakanda dan adinda baginda semasa berkenan menyertai acara Kayuhan Semangat Hari Kebangsaan 2017 mengelilingi Bandar Seri Begawan. |FOTO: Mohamed Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Haji Mohd. Noor, Masri Osman, Hamzah Mohidin, Mohd. Zul Izzi Haji Duraman, Hernie Suliana Othman & Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

 


 February 27th, 2017  |  07:17 AM  |   1867 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Februari. - Suasana di ibu negara hari ini bertambah meriah dengan ribuan pengunjung dari segenap lapisan masyarakat di negara ini yang sama-sama menyertai acara Kayuhan Semangat Hari Kebangsaan 2017 bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 tahun ini.

 

Acara ini menggabungkan aspek gaya hidup sihat dan rekreasi, demi memupuk perpaduan negara melalui penghayatan budaya sukan dan penglibatan masyarakat secara menyeluruh yang menjurus kepada pewujudan warga sihat yang mana adalah penting ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035. Perkara ini adalah selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan 2017 iaitu ‘Menjayakan Wawasan Negara’.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pagi tadi berkenan berangkat menyertai acara Kayuhan Semangat Hari Kebangsaan 2017 yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS), di sini.

 

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda dan adinda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

 

Keberangkatan baginda dan kerabat di raja dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; dan Menteri Kesihatan, Yang Behormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

 

Acara dimulakan dengan pelepasan sebanyak 30 belon oleh tiga buah kementerian dan tiga ekor burung merpati oleh peserta kanak-kanak sebagai menandakan bermulanya Kayuhan Semangat Hari Kebangsaan 2017 berkenaan bagi Acara Kayuhan 16 kilometer.

 

Kebawah DYMM beserta kerabat Diraja berkenan menyertai Acara Kayuhan 16 kilometer yang juga turut disertai oleh Menteri-menteri Kabinet; Timbalan-timbalan Menteri; Duta-duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Negara Brunei Darussalam serta Perwakilan Negara Asing; Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, para jemputan dan orang ramai termasuk warga asing.

 

Laluan bagi acara kayuhan berkenaan meliputi jalan-jalan utama antaranya Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Jalan Haji Basir, Jalan Kumbang Pasang, Jalan Perdana Menteri, Pusing Keliling Jalan Utama Berakas/Muara, Jalan Tasek, Jalan Kianggeh dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.

 

Sejurus mengakhiri acara kayuhan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenaan menyaksikan perbarisan lalu daripada seramai 33 penunggang basikal terdiri daripada atlet-atlet basikal kebangsaan dan wakil dari kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan serta dari persatuan-persatuan bagi Acara Kategori 33km; 18 peserta Pekayuh Klasik; 33 peserta Basikal Fixie yang juga turut menyembahkan persembahan khas menggunakan basikal dan 33 peserta Basikal Kanak-kanak.

 

Nombor 33 berkenaan melambangkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-33 Tahun 2017.

 

Pada majlis itu, Kebawah DYMM berkenan menerima pesambah yang disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Selain berbasikal, baginda berkenan menyaksikan lebih dekat lagi kemeriahan Bandarku Ceria dengan penglibatan orang ramai dari pelbagai peringkat umur dalam aktiviti seperti pameran, petak-petak jualan pelbagai jenis makanan dan minuman dan sebagainya.

 

Kayuhan Semangat Hari Kebangsaan 2017 merupakan anjuran bersama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan dengan penglibatan semua kementerian lain serta Persekutuan Basikal Brunei Darussalam.

 

Kejayaannya mencerminkan bagaimana pendekatan secara keseluruhan yang melibatkan seluruh lapisan masyarakat termasuk pihak bukan Kerajaan atau NGOs adalah sangat efektif dan berkesan, apatah lagi jika digunapakai dalam memajujayakan program-program pembangunan negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-19 23:37:17