FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan saksikan pelbagai pameran Bandarku Ceria


 


 February 27th, 2017  |  07:16 AM  |   1232 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam  berkenan berangkat ke Petak Pameran yang diadakan di sepanjang Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien sejurus selepas berakhirnya Acara Kayuhan Semangat Hari Kebangsaan 2017 bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan NBD Ke-33 tahun ini.

 

Sebanyak enam petak pameran disediakan terdiri dari Klinik Al-Fatihah; Aktiviti Pelukis-pelukis Tempatan; Bazar Ekspresi Seni; Aktiviti Pusat Pembangunan Belia; Klinik Berbasikal dan Takaful Brunei Am.

 

Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah.

 

Terdahulu, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja berkenan melawat ke Klinik Al-Fatihah.

 

Klinik berkenaan dikelolakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang memberikan perkhidmatan pembetulan dan menghalusi bacaan Surah Al-Fatihah oleh tenaga pengajar dan pelajar UNISSA kepada orang ramai.

 

Seterusnya, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja berkenan melawat ke petak pameran aktiviti-aktiviti pelukis-pelukis tempatan yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, di mana pada petak ini menampilkan hasil-hasil lukisan karya pelukis-pelukis tempatan.

 

Kebawah DYMM kemudiannya berkenan melawat ke petak pameran Bazar Ekspresi Seni kelolaan Majlis Belia Brunei (MBB).

 

Antara yang dipamerkan pada petak tersebut ialah aktiviti kaligrafi, lukisan, kraf tangan, makanan tradisional, pelancongan budaya dan perusahaan tempatan serta seni pentas.

 

Melalui Program Bandarku Ceria, ianya membuka ruang dan peluang kepada penglibatan belia dalam pelbagai sektor dalam menggerakkan mereka di bidang keusahawanan, khususnya dalam pembangunan potensi industri kreatif.

 

Baginda seterusnya berkenan melawat ke Pameran Aktiviti Pusat Pembangunan Belia yang mempamerkan barang-barang jualan makanan tempatan dan pakaian dan berangkat meneruskan lawatan ke petak pameran Klinik Berbasikal kelolaan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Majlis Keselamatan Jalan Raya.

 

Antara yang terdapat di klinik tersebut ialah petak perkhidmatan penyewaan basikal setiap hari Ahad sempena Program Bandarku Ceria, selain itu juga terdapat penjualan alat keselamatan kelengkapan bagi pengayuh basikal seperti topi keselamatan dan sebagainya.

 

Baginda dan kerabat diraja kemudian berangkat melawat petak pameran Takaful Brunei Am (TBA) yang merupakan syarikat insuran yang menawarkan perlindungan berlandaskan syariah dan holistik pendekatan kewangan melindungi aset terhadap bencana dan memenuhi tanggungjawab sebagai Islam dan moral seseorang kepada masyarakat dengan melengkapi Melayu Islam Beraja.

 

Kebawah DYMM dan kerabat diraja seterusnya melawat ke Petak–petak Jualan Bandarku Ceria yang berada di ruang lain sekitar Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

 

Pelbagai jenis jualan terdiri dari jualan yang berbentuk pakaian, makanan, minuman, aksesori, kasut, pakaian sukan, barang-barang permainan kanak-kanak, buah-buahan, 'garage-sale' dan banyak lagi yang mampu menarik perhatian para pengunjung yang datang.

 

Sejak Program 'Bandarku Ceria' mula diperkenalkan, program tersebut terus mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak terutama para penjaja yang mencari pendapatan serta orang ramai yang ingin mengisi masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti riadah hujung minggu lebih-lebih lagi bersama keluarga.

 

Sesuai dengan pengisytiharan Bandar Seri Begawan sebagai Bandar Kebudayaan ASEAN 2016 - 2017, Program Bandarku Ceria yang berlangsung di ibu negara ini akan menjadikan Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien sebagai fokal utama tempat berniaga mahupun memulakan pelbagai aktiviti yang dirancang bersama keluarga.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12