FacebookInstagramTwitterContact

 

Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>           Joe Biden signs the bill that could ban TikTok in the United States           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kayuhan Semangat Hari Kebangsaan 2017, suntik semangat kesukanan


 


 February 27th, 2017  |  07:12 AM  |   1348 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 Februari. - Program Bandarku Ceria bukan sahaja memberikan kualiti masa bersantai bersama keluarga malah membuka ruang bagi para peniaga kecil dalam menjana ekonomi mereka dengan berjaja di sekitar ibu negara setiap hujung minggu.

 

Jalinan ukhwah antara keluarga dan sahabat handai merapatkan lagi jurang antara mereka di samping kanak-kanak juga turut merasa seronok menyertai pelbagai jenis aktiviti yang diselenggarakan dalam menceriakan suasana bandar seakan satu pesta keraian.

 

Di hujung minggu kali ini, ibu negara turut diserikan lagi dengan aktiviti Kayuhan Semangat Hari Kebangsaan 2017 untuk terus menghidupkan suasana bandar tambahan lagi dengan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja.

 

Dalam merasakan kemeriahan aktiviti Kayuhan Semangat Hari Kebangsaan 2017 itu, media turut  berkesempatan menemu bual beberapa orang yang menyertai pelbagai aktiviti di sini.

 

Salah seorang peserta kayuhan berbasikal dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Leftenan Dayang Nurermah binti Haji Md. Riduan menjelaskan, ini adalah peluang untuk mereka berkumpul bersama keluarga, kawan-kawan dan meluangkan masa bersama-sama dan dapat merapatkan kembali hubungan antara satu sama yang lain memandangkan kesibukan dalam tugas harian membuatkan mereka kadang-kadang sukar untuk berkumpul dan bertemu satu sama lain.

 

Jelasnya, dapat dilihat rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bersama-sama menjayakan aktiviti Kayuhan Semangat Hari Kebangsaan ini dan menyokong amalan gaya hidup sihat khususnya BandarKu Ceria.

 

Beliau menambah, dengan keberangkatan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja untuk ikut serta beriadah  sedikit sebanyak menyuntik semangat kesukanan mereka dalam menjaga kesihatan.

 

Peluang keemasan menyertai pasukan berbasikal dalam aktiviti hujung minggu ini jelasnya tidak akan disia-siakan dan ianya juga membuka ruang untuk mereka terus menjaga kesihatan.

 

Manakala menurut Awang Ismawandi bin Ishak yang menyediakan perkhidmatan sewa beca,  mendapat sambutan yang baik pada setiap hujung minggu Bandarku Ceria.

 

Memandangkan beca tidak ada di Negara Brunei Darussalam, jadi dari situlah beliau mendapat buah fikiran untuk menghasilkan beca buatan sendiri.

 

Beliau yang berasal dari Kampung Lambak Kanan telah menghasilkan lima buah beca buatan sendiri dan memberikan harga sewaan BND10 setiap sebuah selama satu jam.

 

Katanya lagi, beca dihasilkan bersama adik beradiknya dan pada awalnya mereka menghasilkan tiga buah dan memberi perkhidmatan sewaan di Tanjong Batu setiap hujung minggu dan kini mereka memberi perkhidmatan sewaan beca di Bandar Seri Begawan semasa Bandarku Ceria.

 

Beliau berhasrat akan menambah lagi bilangan beca untuk dihasilkan memandangkan ia mendapat sambutan yang sangat baik pada Bandarku Ceria dan mungkin akan menghasilkan kereta menggunakan kayuhan kaki yang bebas dari pencemaran udara dan tertumpu kepada tenaga sendiri.

 

Sementara itu, seorang pengunjung ke Bandarku Ceria, Awang Md. Faisal bin Haji Sarli yang berasal dari Kampung  Lambak Kanan menjelaskan, itu adalah kali pertama beliau mengunjungi Bandarku Ceria bersama keluarganya dan beruntung kerana berkesempatan sama-sama berada pada aktiviti kayuhan semangat ini.

 

"Bandarku ceria ini memang satu alternatif yang bagus ditambah lagi dengan kayuhan semangat ini bukan hanya untuk menceriakan bandar tetapi malahan masyarakat dan penduduk Brunei secara tidak langsung mengadakan perjumpaan di setiap hujung minggu dan sekurang-kurangnya dapat mengisi aktiviti mereka di hujung minggu," ujarnya.

 

Tambahnya lagi, dengan meluangkan masa di hujung minggu beriadah, boleh menjaga kesihatan tubuh badan di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan kawan-kawan dan orang ramai yang lain.

 

Bagi Dayang Norah binti Haji Salleh dari Kampung Perpindahan Lambak Kanan yang merupakan salah seorang penjaja di Bandarku Ceria menjelaskan, Bandarku ceria dapat mengumpul keluarga dan kawan-kawan untuk melakukan pelbagai riadah bersukan di hujung minggu ini akan menjadikan kita untuk terus mengamal cara hidup sihat.

 

Dengan adanya bermacam aktiviti diadakan di hujung minggu seperti Kayuhan Semangat Hari Kebangsaan serta aktiviti-aktiviti lain akan menarik lebih ramai pengunjung ke Bandarku Ceria dan secara tidak langsung akan menambah keuntungan kepada para penjaja.

 

Beliau percaya, dengan keberangkatan Kebawah DYMM  ke Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien hari ini memberi semangat yang tinggi kepada orang ramai yang hadir  untuk beriadah dan menceriakan lagi suasana bandar.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19