FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rakyat dan penduduk diseru tanamkan sikap proaktif


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri mengurniakan sabda. |FOTO: Masri Osman, Hamzah Mohidin

 


 February 26th, 2017  |  07:54 AM  |   1389 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Februari. - Negara akan menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 pada tahun ini yang mana acara-acara keraiannya adalah pada minggu ketiga bulan Syawal yang mubarak.

 

Tarikh 15 Julai merupakan yang amat signifikan kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk di negara ini. Tarikh berkenaan memberi peluang sangat berharga bagi kita semua untuk menzahirkan kesyukuran, penghargaan dan merafakkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis paduka ayahanda.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), selaku Penaung Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun bersabda demikian semasa Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun bertempat di Bangunan JPM, di sini.

 

Sebagai raja yang bijaksana dan amat disanjung serta prihatin terhadap perpaduan dan kesejahteraan rakyat dan negara sabda Duli Yang Teramat Mulia, suasana kemeriahan sambutan perayaan akan setentunya lebih bermakna dengan mercu pencapaian era keemasan dalam sejarah negara, iaitu Jubli Emas Paduka Ayahanda Menaiki Takhta kurang lebih tiga bulan kemudian.

 

Dalam hal ini, DYTM amat menghargai komitmen, ketekunan, serta permuafakatan dan kerjasama padu berterusan dari semua pihak dalam melaksanakan segala bentuk perancangan yang telah disusun selaras dengan matlamatnya.

 

“Semangat seumpama inilah juga yang kita perlu tanamkan secara berterusan pada menjunjung dan mendukung aspirasi paduka ayahanda,” sabda DTYM.

 

Sebagai hala tuju ke hadapan, DYTM menyeru seluruh lapisan rakyat dan penduduk untuk perlu menanamkan sikap proaktif dengan transformasi set minda masing-masing yang menjurus kepada pembangunan masyarakat dan negara yang berdaya maju, berdaya saing dan lebih inovatif serta kreatif.

 

DYTM mengambil maklum bahawa Mesyuarat ‘Post Mortem’ Perayaan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Paduka Ayahanda Ke-70 Tahun telah pun dilaksanakan. Pengalaman serta langkah-langkah pembaikan yang disepakati bersama perlu difikirkan secara rasional, sabdanya.

 

Dari itu, DYTM bersabda menjelaskan bahawa kita perlu mengambil iktibar serta tindakan penambahbaikan yang bersesuaian jika terdapat sebarang kekurangan dan permasalahan yang timbul dalam pengendalian acara-acara perayaan tersebut.

 

DYTM menekankan bahawa di sinilah peranan jawatankuasa tertinggi serta jawatankuasa peringkat daerah. Semua hendaklah menggembleng setiap sumber dengan optimal selaras dengan semangat untuk memastikan kesempurnaan serta menghidupkan keunikan suasana keraian di daerah masing-masing.

 

Pada hemat DYTM, perkara yang lebih berkeutamaan serta terpenting adalah kesan langsungnya dalam menjana kesatuan dan kesetiakawanan dalam memperteguhkan keakraban yang sedia terjalin di antara seorang raja dengan rakyat. 

 

“Alhamdulillah, paduka ayahanda telah pun memperkenankan bagi tarikh istiadat, upacara dan acara utama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Ke-71 di sepanjang bulan Julai akan datang,” sabda DTYM.

 

Oleh itu, DYTM turut menekankan, semua jawatankuasa yang berkenaan perlu meneruskan komitmen dan memantapkan rangka kerjasama dengan pihak berkepentingan lainnya dalam membuat persediaan wajar bagi kesempurnaan setiap yang dirancang.

 

“Saya percaya dengan kesepakatan dan kesatupaduan semua pihak, acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan paduka ayahanda ini akan menjadi wadah pada memantapkan lagi keharmonian bernegara melalui jalinan akrab di antara raja dan rakyat jelata; menerapkan semangat patriotik dan jatidiri; kasih serta setia kepada raja; cintakan tanah air; serta bersatu padu dalam memelihara kesejahteraan dan kemakmuran negara,” sabda DYTM lagi.

 

Dalam kesempatan ini, DYTM merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan buah fikiran, tenaga, usaha dan masa kepada jawatankuasa kebangsaan, jawatankuasa tadbir tertinggi peringkat daerah, jawatankuasa-jawatankuasa kerja, dan berbagai pihak dalam mengendalikan acara-acara sambutan perayaan yang lepas.

 

Semoga ia menjadi amal bakti kita yang ikhlas dan menerima ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala jua.

 

Selaku Penaung Jawatankuasa Kebangsaan ini, DYTM berharap supaya ahli-ahli jawatankuasa di permesyuaratan pada pagi ini akan dapat bersama-sama memberikan pandangan dan pendapat semata-mata bagi membisaikan, memeriahkan dan mempertingkatkan lagi kualiti serta kesempurnaan acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19