Home > Bahasa Melayu
DYTM berangkat hadiri mesyuarat
KEBERANGKATAN tiba DYTM dijunjung oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Perayaan. |FOTO:Masri Osman, Hamzah Mohidin
February 26th, 2017 | 07:54 AM | 1907 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Februari. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), selaku Penaung Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun berkenan berangkat ke Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun bertempat di Bangunan JPM, di sini.
Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun dan seterusnya dijunjung untuk sesi bergambar ramai bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah serta Doa Selamat dipimpin oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan seterusnya sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan.
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota kemudiannya berkenan mengurniakan sabda.
Seterusnya, mesyuarat mendengarkan laporan mengenai dengan persediaan-persediaan dan persiapan-persiapan acara-acara utama dan suasana Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun seperti Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam dan Persembahan Keberangkatan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke daerah-daerah bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk.
Mesyuarat juga mendengarkan laporan mengenai dengan persediaan Majlis Doa Kesyukuran, Istiadat Perbarisan Kehormatan, Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah-Daerah serta Majlis Khatam Al-Quran Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-Penuntut Sekolah Seluruh Negara dan Majlis Ilmu adalah seperti berikut :-
1. Hari Jumaat, 20 Syawal 1438H / 14 Julai 2017M : Majlis Doa Kesyukuran, Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran di semua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara dengan penumpuan utama di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.
2. Hari Sabtu, 21 Syawal 1438H / 15 Julai 2017M : Istiadat Perbarisan Kehormatan Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan (sebelah pagi).
Hari Sabtu, 21 Syawal 1438H / 15 Julai 2017M : Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, Istana Nurul Iman (selepas Istiadat Perbarisan Kehormatan).
3. Hari Selasa, 24 Syawal 1438H / 18 Julai 2017M : Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong, Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Tutong (sebelah pagi).
4. Hari Khamis, 26 Syawal 1438H / 20 Julai 2017M : Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong, Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar (sebelah pagi).
5. Hari Sabtu, 28 Syawal 1438H / 22 Julai 2017M : Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Belait, Padang Bandaran, Kuala Belait (sebelah pagi).
6. Hari Ahad, 29 Syawal 1438H / 23 Julai 2017M : Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Brunei dan Muara, Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan (sebelah pagi).
7. Hari Khamis, 3 Zulkaedah 1438H / 27 Julai 2017M : Majlis Khatam Al-Quran Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-Penuntut Seluruh Negara, Istana Nurul Iman (sebelah petang).
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]