FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mesyuarat Perayaan Ulang Tahun Keputeraan dengarkan laporan


SEBAHAGIAN daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM hadir pada mesyuarat tersebut. |FOTO:Masri Osman, Hamzah Mohidin

 


 February 26th, 2017  |  07:53 AM  |   1348 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Februari. - Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun mendengarkan laporan perkembangan persediaan-persediaan dan persiapan-persiapan dan seterusnya membincangkan perkara-perkara yang berhubung kait dengan sambutan perayaan termasuklah perkara-perkara yang mungkin berbangkit mengenainya.

 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 dalam sembah alu-aluannya berucap demikian semasa mesyuarat berkenaan yang diadakan pagi tadi bertempat di Bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini.

 

Yang Berhormat seterusnya menyembahkan bahawa pada tahun ini acara-acara utama Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM dikendalikan dan diadakan sepertimana pada tahun-tahun sebelumnya dengan format Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di daerah-daerah yang akan disembah maklumkan oleh pegawai-pegawai daerah. 

 

Namun adalah menjadi harapan Yang Berhormat, supaya ahli-ahli jawatankuasa di mesyuarat tersebut akan dapat bersama-sama memberikan pandangan dan buah fikiran dalam sama-sama membisaikan, memeriahkan dan mempertingkatkan lagi mutu, serta kesempurnaan acara-acara sambutan perayaan khususnya di daerah-daerah.

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri seterusnya menyembahkan antara agenda mesyuarat tersebut ialah menyembahkan laporan mengenai dengan persediaan-persediaan dan persiapan-persiapan beberapa acara utama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang akan disembahkan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Haji Mohammad Sunadi bin Haji Buntar, selaku Setiausaha Bersama Jawatankuasa Kebangsaan.

 

Juga turut disembahkan ialah laporan persediaan persembahan keberangkatan Kebawah DYMM bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama rakyat dan penduduk di daerah-daerah.

 

Terdahulu, Yang Berhormat dalam sembah alu-aluannya menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan penghargaan di atas keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di JPM, selaku Penaung Jawatankuasa Kebangsaan dan seterusnya mengurniakan sabda.

 

Sembah Yang Berhormat lagi, sabda DYTM akan menjadi panduan abis hamba Duli Tuanku dalam menyusun dan membisaikan lagi persediaan-persediaan dan persiapan-persiapan acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun pada tahun ini.

 

Turut disembahkan bahawa keberangkatan DYTM ke mesyuarat ini jelas membuktikan keprihatinan, pemedulian serta komitmen DYTM selaku Penaung Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun terhadap peranan dan tugas jawatankuasa ini khasnya mengenai dengan persediaan-persediaan dan persiapan-persiapan atur cara-atur cara yang akan diungkayahkan di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat daerah, terutama sekali acara Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di keempat-empat daerah.

 

Acara itu, sembah Yang Berhormat lagi, adalah suatu acara yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh rakyat dan penduduk di daerah-daerah pada menjunjung keberangkatan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli dan menerima junjung ziarah rakyat dan penduduk di daerah berkenaan.

 

Yang Berhormat juga turut menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, kehadiran Yang Berhormat - Yang Berhormat dan Yang Dimuliakan Pehin-Pehin, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai daerah, wakil-wakil dari sektor swasta serta pegawai-pegawai kanan kerajaan selaku Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun bagi Tahun 2017 ke mesyuarat pada pagi ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16