FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kebawah DYMM berkenan menghantar perutusan tahniah


 


 February 25th, 2017  |  09:04 AM  |   1106 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait dan kepada Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah dan kerajaan serta rakyat Kuwait sempena dengan Hari Kebangsaan Kuwait.

 

Dalam titah perutusan tahniah kepada His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait, Kebawah Duli Yang Maha Mulia merakamkan kegembiraan dapat mengalu-alukan keberangkatan His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait semasa mengadakan Lawatan Negara ke Negara Brunei Darussalam pada bulan Oktober yang lepas.

 

Kebawah DYMM penuh yakin Perjanjian dan Memorandum-Memorandum Persefahaman (MoUs) yang telah ditandatangani semasa keberangkatan Lawatan Negara His Highness itu akan meningkatkan lagi kerjasama di antara kedua-dua buah negara.

 

Sementara itu, dalam titah perutusan tahniah yang sama kepada Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah, Kebawah DYMM amat menghargai hubungan yang erat dan kerjasama yang bernilai di antara kerajaan dan rakyat kedua-dua buah negara dan berharap akan dapat mengukuhkan lagi hubungan yang telah sekian lama wujud pada tahun-tahun mendatang.

 

Pada mengakhiri titah-titah perutusan tahniah tersebut, Kebawah DYMM berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait dan ahli kerabat diraja dan juga Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah akan sentiasa berada di dalam sihat sejahtera dan kegembiraan, serta Negara Kuwait dan rakyatnya sentiasa menikmati keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17