FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Brunei - Kuwait terus kukuhkan hubungan


 


 February 25th, 2017  |  09:03 AM  |   1031 views

BRUNEI DARUSSALAM

 

JERUDONG, Jumaat, 24 Februari. - Kedutaan Besar Kuwait di negara mengadakan Majlis Resepsi Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Kuwait Ke-56 yang berlangsung Dewan Indera Samudera, The Empire Hotel & Country Club, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kuwait ke negara ini, Tuan Yang Terutama Dr. Fahad Mashary Al-Thafiri, dalam ucapannya menggariskan mengenai hubungan persahabatan yang kukuh di antara kedua-dua buah negara yang telah menyaksikan kemajuan melalui pertukaran lawatan rasmi secara tetap. 

 

Tuan Yang Terutama berkata, lawatan His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Amir Kuwait ke negara ini pada bulan Oktober tahun lalu telah membuka bab baharu bagi hubungan dua hala dan meletakkan asas yang kukuh bagi kerjasama dalam pelbagai kepentingan yang berbeza.

 

Menurutnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Amir Kuwait telah menyaksikan penandatanganan enam perjanjian dalam bidang Pengajian Tinggi dan Kajian Saintifik, Kerjasama Pelancongan, Perjanjian untuk Pengecualian Bersama Visa bagi Pemegang  Pasport Diplomatik, Istimewa dan Rasmi, Protokol Pindaan Perjanjian bagi Pengelakan Cukai Berganda, Perjanjian bagi Latihan Diplomatik serta penubuhan 'Joint Commission for Cooperation' baharu yang diketuai oleh menteri-menteri luar.

 

TYT menambah, ia merupakan petunjuk yang jelas dalam kesungguhan kedua-dua buah negara untuk meningkatkan lagi persefahaman dan mewujudkan mekanisme bagi perundingan politik dan diplomatik antara menteri-menteri luar.

 

Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Kuwait, diikuti dengan Upacara Memotong Kek Ulang Tahun Hari Kebangsaan Kuwait oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan TYT.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53