FacebookInstagramTwitterContact

 

US Rate Setter Tells BBC 'No Hurry' To Cut Interest Rates           >>           Why A Deluge Of Chinese-Made Drugs Is Hard To Curb           >>           Netflix: Profits Soar After Password Sharing Crackdown           >>           Post Office Victim Calls For Lawyer To Be Removed From Horizon Redress Scheme           >>           Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


YTM berangkat ke majlis kesyukuran


 


 February 19th, 2017  |  07:37 AM  |   1193 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Februari. - Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ke-43 Tahun. 

 

Berangkat pada majlis tersebut, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir YSHHB.

 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

 

Kemudian diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan bertahlil beramai-ramai dan seterusnya bacaan Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ke-43 Tahun.  

 

Acara diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

 

Menjujung keberangkatan tiba YTM ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB dan juga selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.

 

Turut hadir dan menjunjung keberangkatan YTM ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Timbalan Pengerusi I Lembaga Pengarah YSHHB dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, selaku Timbalan Pengerusi II Lembaga Pengarah YSHHB.

 

Juga hadir sama pada majlis tersebut, Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, selaku Timbalan Pengerusi II Lembaga Pemegang Amanah DANA.

 

Serta Ahli-Ahli Lembaga Pengarah YSHHB, Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah DANA, para jemputan khas di antaranya adalah sebahagian daripada para penyumbang tetap DANA, pegawai-pegawai dan kakitangan YSHHB serta guru-guru Sekolah YSHHB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

US Rate Setter Tells BBC 'No Hurry' To Cut Interest Rates

 2024-04-19 23:33:35