Home > Bahasa Melayu
YTM berangkat sertai Larian Wanita 2016
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah juga berkenan menyertai Larian Wanita 2016 bagi Kategori 5 Kilometer. | PHOTO: Foto: Azmah Haji Ahad
April 18th, 2016 | 10:21 AM | 3553 views
JERUDONG
Ahad, 17 April. - Sempena menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2016, Persatuan Siswazah Wanita (PSW) Negara Brunei Darussalam menganjurkan Larian Wanita 2016 (Let's Walk / Run Ladies 2016).
Berangkat menyertai larian tersebut, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Keberangkatan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Yang Dipertua PSW, Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaluddin.
Seramai lebih 200 orang wanita menyertai larian yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kategori 10 Kilometer, Kategori 5km dan Kategori 3km.
YTM berangkat menyertai larian 5km.
Acara bermula dan berakhir di The Colonnade, Taman Permainan Jerudong.
YTM juga berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang larian berkenaan.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1990, PSW sering mengendalikan program dan kegiatan kemasyarakatan, akademik dan profesional sesuai dengan matlamat penubuhannya iaitu untuk menyatukan para siswazah di negara ini dan memelihara talian profesional dalam kalangan mereka serta menyusun dan mengendalikan kegiatan bagi meningkatkan penglibatan kaun wanita dalam pembangunan negara.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]