Home > Bahasa Melayu
Brunei sertai Pertandingan Menghafaz Al-Quran di Indonesia
Awang Muhammad Hazmie bin Haji Matussin (kiri sekali) yang akan mengikuti Kategori Menghafaz 20 Juz Al-Quran, Ustaz Muhammad bin Mat Lazim (tengah) selaku pegawai pengiring dan Awang Muhammad Aqiel Hidayat bin Haji Zulfa Hidayat (kanan) yang akan mengikuti Kategori 10 Juz Al-Quran. | Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor
April 18th, 2016 | 10:19 AM | 5162 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Ahad, 17 April. - Negara Brunei Darussalam telah menghantar dua peserta untuk menyertai Pertandingan 'The Annual Prince Sultan bin Abdul Aziz Competition on The Memorization of The Holy Quran and The Sunnah For ASEAN and Asia Pacific Countries' yang akan diadakan di Jakarta, Republik Indonesia pada 17 hingga 22 April 2016.
Rombongan negara diwakili oleh tenaga pengajar dan penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) iaitu Awang Muhammad Hazmie bin Haji Matussin dan Awang Muhammad Aqiel Hidayat bin Haji Zulfa Hidayat dengan diketuai dan diiringi oleh Ustaz Muhammad bin Mat Lazim, selaku pembimbing.
Awang Muhammad Hazmie merupakan tenaga pengajar Institut Tahfiz Al-Quran dan telah beberapa kali mewakili negara ke Pertandingan Menghafaz Al-Quran manakala Awang Muhammmad Aqiel Hidayat akan menyertai Menghafaz 10 Juzu' Al-Quran.
Penyertaan negara pada pertandingan tahun ini diharap akan dapat memberi galakan dan pendedahan kepada para peserta sebagai motivasi ke arah mencapai prestasi yang lebih meningkat dalam bidang Hafazan Al-Quran pada masa akan datang.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]