FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pembukaan Rasmi Magnum Cafe Bandar Seri Begawan


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (kiri) ketika berinteraksi dan menyaksikan salah seorang pekerja Magnum Cafe membuat aiskrim. |FOTO : PELITA BRUNEI (Hamzah Mohidin)

 


 January 22nd, 2017  |  10:38 AM  |   2051 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumaat, 20 Januari. - Para penggemar aiskrim di negara ini bolehlah berkunjung ke Magnum Cafe Bandar Seri Begawan yang terletak di Citis Square, Berakas bagi menikmati pelbagai jenis perisa aiskrim yang ditawarkan di kafe berkenaan.

 

Terkenal dengan jenama coklat Belgium premium, Magnum Cafe merupakan francais pertama di negara ini.

 

Sehubungan itu, majlis pembukaan rasmi kafe tersebut diadakan dan disempurnakna oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal) juga selaku Pengerusi Royal Brunei Katering (RBC), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah.

 

Pada majlis itu, dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengurus Am RBC, Awang Ahmad Hussaini bin Hassan antara lain menyatakan, Magnum adalah satu jenama aiskrim yang terkenal di seluruh dunia, yang mana para pelanggan boleh memilih jenis dan perisa aiskrim yang mereka inginkan dengan perkhidmatan 'Make-my-Magnum'.

 

''Perkhidmatan tersebut adalah yang paling laris dalam kalangan para pelanggan Magnum kerana mereka boleh memilih perisa salutan aiskrim dan 'topping' untuk menambah hiasan serta kemanisan rasa aiskrim mereka,'' jelasnya.

 

Di Magnum Cafe, para pelanggan boleh memilih pelbagai jenis 'topping' mengikut kesukaan masing-masing atau memilih aiskrim yang sudah disenaraikan di dalam menu seperti Magnum Trifle, Magnum Cendol dan Magnum Fondue.

 

Selain itu, Magnum Cafe juga menawarkan hidangan makanan seperti Mushroom Soup, Magnum Wings, Potatoes Roll dan Egg Spaghetti.

 

Magnum Cafe terkenal dengan tempat yang sesuai untuk hidangan pencuci mulut atau minum petang dan aiskrimnya yang bersalut coklat Belgium boleh dinikmati bila-bila masa sahaja.

 

Untuk keterangan lanjut mengenai Magnum Cafe, orang ramai bolehlah mengikuti akaun Instragram '@royalbruneicatering'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30