FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


FOBISIA Uji Kepantasan Perenang Muda


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (kiri) bergambar ramai bersama pemenang-pemenang pada kejohanan renang tersebut. |FOTO : PELITA BRUNEI (Masri Osman)

 


 January 21st, 2017  |  09:53 AM  |   1078 views

BERAKAS

 

Jumaat, 20 Januari. - Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah pada 'Federation of British International Schools in Asia (FOBISIA) Swimming Invitational Championships' Ke-3 di bawah kelolaan Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

 

Kejohanan tiga hari itu bermula hari ini hingga 22 Januari nanti bertempat di Kolam Renang Kompleks Sukan Renang Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Berangkat menghadiri majlis pembukaan rasmi kejohanan tersebut, cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

 

Hadir selaku tetamu kehormat merasmikan kejohanan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Juga hadir sama pada majlis perasmian tersebut Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil bersama Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Mohd. Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad.

 

Sekolah ISB diwakili oleh seramai 30 perenang dari pasukan Hammerheads sekolah berkenaan, antaranya turut diwakili oleh YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim yang akan sama-sama beraksi menentang seramai 400 wakil perenang dari 13 buah sekolah antarabangsa dari enam buah negara Asia di bawah FOBISIA.

 

Antara sekolah-sekolah antarabangsa yang ikut serta ialah Bangkok Patana School (PTS); Bangkok Preps (BKKP); British International School Kuala Lumpur (BSKL); British School Manila (BSM); Dulwich College Seoul (DCSL); ELC International School, Selangor (ELC); BSJ - Electric Eels (BSJ); Harrow International School, Bangkok (HIS); ISB; ISP Uplands (ISPU); Jerudong International School (JIS); STA Marlins (STA) dan Wellington Interntional School, Shanghai (WCIS).

 

MASRI RENANG 5

 

AKSI salah seorang peserta yang menyertai kejohanan renang tersebut.

 

Kategori-kategori yang dipertandingkan bagi lelaki dan perempuan ialah 100meter (m) Kuak Dada; 200m Gaya Bebas; 200m Individual Medley; 100m Gaya Kupu-Kupu; 50m Kuak Lentang; 200m Kuak-Dada; 4x50m Medley Relay; 400m Individual Medley; 100m Kuak Lentang; 200m Gaya Kupu-Kupu; 50m Kuak Dada; 50m Gaya Kupu-Kupu; 200m Kuak Lentang; 100m Gaya Bebas; 4 x 100m Gaya Bebas Relay; 400m Gaya Bebas; 50m Gaya Bebas dan 4 x 50m Gaya Bebas Relay.

 

Atur cara pagi tadi telah menyaksikan perlumbaan kategori 100m (lelaki dan perempuan) 9 - 10 Tahun Kuak Dada, yang mana dalam pasukan lelaki juara dan naib johan masing-masing disandang oleh pasukan dari STA, iaitu Haruho Yamaguchi (masa terpantas 1.32.71) dan Gorn Sakdavisarak (mencatatkan masa 1.33.39) serta berada di tempat ketiga dari DCSL, Aiden S Lee dengan catatan masa 1.42.80.

 

Manakala bagi kategori perempuan pula juara disandang oleh pasukan dari HIS melalui Melody McManus dengan catatan masa terpantasnya 1 minit 39.88, sementara itu berada di tempat kedua pasukan dari BSKL diwakili oleh Sid Ney Chong dengan catatan masanya 1 minit 48.15 dan berada di tempat ketiga ialah pasukan dari BKKP melalui Yura Saruwatar dengan mencatatkan masanya 1 minit 49.17.

 

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

FOBISIA ditubuhkan pada tahun 1988 dengan hanya seramai lima ahli dan kini federasi tersebut sudah mempunyai sebanyak 52 buah sekolah antarabangsa di bawah Kurikulum British di seluruh Asia yang menyediakan platform bagi sekolah-sekolah antarabangsa untuk berhubung, berkongsi sama amalan terbaik serta memberikan peluang untuk mengadakan pertandingan di antara sekolah melalui program pembangunan kerjasama.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17