FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Standard Latihan, Terapkan Nilai Kepimpinan


KEBAWAH DYMM berkenan mengurniakan titah pada upacara tersebut. |FOTO PELITA : BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 January 20th, 2017  |  10:00 AM  |   1184 views

TANAH JAMBU

 

Khamis, 19 Januari. - Dalam melahirkan barisan pemimpin yang kompeten dan berwibawa, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) diseru supaya meningkatkan lagi standard latihan, sambil menerapkan nilai-nilai kepimpinan mengikut ajaran Islam dan falsafah Melayu Islam Beraja.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi ABDB bertitah, kerjasama latihan di antara Sekolah Pegawai Kadet AP ABDB dengan sekolah-sekolah Pegawai Kadet luar negara juga adalah berguna.

 

AMIRUL SOV 5

 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat ke Upacara Sovereign's Parade bagi Pegawai Kadet Pengambilan Ke-15 di Padang Kawad, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) di Kampung Tanah Jambu.

 

''Latihan dua hala di peringkat awal dengan angkatan-angkatan tentera negara sahabat, terutama di kalangan negara-negara ASEAN, adalah mampu untuk mengukuhkan lagi platform Diplomasi Pertahanan,'' titah baginda pada Upacara Sovereign's Parade bagi Pegawai Kadet Pengambilan Ke-15 yang berlangsung di AP ABDB, di sini.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah, langkah seperti ini penting, dalam usaha, untuk mencapai keselamatan dan kestabilan serantau dan antarabangsa.

 

190117 RIZAL05

 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat ke Upacara Sovereign's Parade bagi Pegawai Kadet Pengambilan Ke-15 di Padang Kawad, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) di Kampung Tanah Jambu.

 

Demi kepentingan masa depan, Kebawah DYMM penuh berharap agar ABDB akan terus melahirkan pemimpin-pemimpin tentera yang berjaya, bukan sahaja dalam bidang kerjaya biasa, malahan juga mempunyai kepakaran dan kebijaksanaan dalam mengatur dan membentuk strategi yang diperlukan.

 

Titah baginda, inilah antara kewajipan utama ABDB, selaku tonggak pertahanan negara.

 

AMP SOV 5

 

KEBAWAH DYMM berkenan memeriksa Pasukan Perbarisan Pegawai Kadet ABDB Pengambilan Ke-15 bertempat di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB).

 

Terdahulu, Kebawah DYMM dalam titah baginda juga menyentuh mengenai dua orang Pegawai Kadet pemegang biasiswa, Pemerintah Tertinggi dan seorang pemegang Biasiswa ABDB yang akan menerima tauliah mereka pada pengambilan kali ini.

 

''Sejak Sekolah Pegawai Kadet ditubuhkan pada tahun 2008, ia telah berjaya menghasilkan seramai 336 Pegawai Tentera yang berkaliber. Ini adalah amat membanggakan, dan sekarang, terdapat di antara mereka yang telah menjadi jurulatih di AP ABDB, khasnya di Sekolah Pegawai Kadet sendiri,'' titah baginda.

 

AMIRUL SOV 12

 

KEBAWAH DYMM berkenan menerima pesambah.

 

Kebawah DYMM juga bertitah mengenai beberapa orang pegawai wanita lepasan Sekolah Pegawai Kadet yang telah berjaya menerokai bidang kerjaya yang sebelum ini hanya terhad kepada pegawai lelaki sahaja, misalnya juruterbang tentera wanita dan baru-baru ini seorang nakhoda wanita untuk Kapal Diraja Brunei.

 

''Manakala di arena antarabangsa pula, sebahagian mereka juga pernah atau masih mengikuti misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) di Mindanao, Republik Filipina, dan sebagai Pegawai Perhubungan Antarabangsa di Information Fusion Centre, Republik Singapura. Beta sangat berbangga dengan pencapaian-pencapaian ini,'' titah Kebawah DYMM.

 

Dalam titah baginda, juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada 29 orang Pegawai Kadet yang telah berjaya menamatkan latihan dengan mempamerkan pertunjukan perbarisan yang sangat baik.

 

AMIRUL SOV 20

KEBAWAH DYMM berkenan merakamkan gambar ramai.

 

Baginda bertitah mengucapkan syabas kepada semua pihak yang terlibat, terutama para ibu bapa dan kaum keluarga di atas sokongan padu mereka kepada pegawai-pegawai berkenaan sepanjang latihan selama 52 minggu.

 

Sebelum mengakhiri titah, baginda melahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga AP ABDB, khususnya Komandan AP, Pegawai Pemerintah Sekolah Pegawai Kadet, 'Colour Sergeants' dan pegawai-pegawai serta semua jurulatih yang telah bertungkus lumus melatih dan mendidik Pegawai-Pegawai Kadet sehingga ke peringkat ini.

 
 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abd Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10