FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkhidmatan IDLS Penuhi Keperluan Orang Ramai


Mohd Sahrizal Haji Mohd. Said |FOTO : (Mohd Sahrizal Haji Mohd. Said)

 


 January 19th, 2017  |  10:22 AM  |   1137 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 18 Januari. - Sebagai sebuah perpustakaan umum Islam yang satu-satunya di negara ini, Perpustakaan Islam Brunei Darussalam (PIB) kini telah memiliki koleksi sejumlah 230,965 naskhah dan 60,000 judul kitab/buku, yang mana matlamat asal dan fungsi utama penubuhannya adalah untuk menjadi pusat maklumat Islam yang lengkap.

 

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned berkata, selain daripada kitab dan buku, PIB juga mempunyai koleksi manuskrip, jurnal, kertas persidangan, audio-video, tesis dan disertasi dari pelbagai bahasa seperti Arab, Parsi, Urdu, Thailand, Melayu, Inggeris dan lain-lain.

 

Dengan jumlah koleksi yang besar itu, Yang Berhormat yakin PIB akan dapat menyumbang khidmat kepada umat Islam, bukan sahaja di negara ini bahkan juga di luar negara dan Yang Berhormat juga yakin, jumlah koleksi yang ada setakat ini akan dapat ditambah lagi dari semasa ke semasa.

 

"Target asal kita ialah untuk mengumpul sekitar 500,000 koleksi, dan target ini insyaaAllah ada harapan tercapai, kerana Jabatan Mufti, pada setiap tahun, diberikan peruntukan khas oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk perpustakaan ini menambah koleksinya," ujar Yang Berhormat semasa berucap pada majlis perasmian dan pelancaran sistem IDLS, yangmana telah diperkenankan untuk menjadi Perpustakaan Islam yang menyimpan koleksi kitab-kitab atau bahan-bahan ilmu Islam yang pelbagai.

 

Pada hari ini, tambah Yang Berhormat, akan bermula satu detik bersejarah perpustakaan itu bila mana ianya secara rasminya memulakan perkhidmatan bersistem yang dipanggil 'Sistem Perpustakaan Digital Islam (Islamic Digital Library System – IDLS)' dan portalnya ialah kepada orang ramai.

 

Melalui portal itu jelas Yang Behormat, pengguna perpustakaan yang berdaftar akan dapat melayari pekhidmatan-perkhidmatan seperti seperti e-fatwa, e-irsyad, koleksi digital yang merangkumi ceramah-ceramah melalui video, koleksi digital seperti buku-buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, manuskrip, keratan-keratan akhbar dan sebagainya.

 

"Tidak syak lagi, melalui perkhidmatan sistem IDLS ini akan dapat memenuhi keperluan orang ramai, khasnya mereka yang sudah berdaftar menjadi ahli, bagi mengakses apa jua kemudahan yang disediakan secara remote oleh mereka," terangnya.

 

Dari itu, sambutan Hari Terbuka Perpustakaan Islam Brunei Darussalam ini adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai berkunjung ke perpustakaan tersebut bagi melihat dengan lebih dekat lagi segala kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan dan seterusnya merebut peluang untuk menjadi ahli perpustakaan.

 

Nama Perpustakaan Islam Brunei Darussalam adalah kurnia daripada raja yang menyintai Islam dan ilmu Islam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa merasmikan Ekspo Islam Antarabangsa Pertama, yang dikendalikan oleh Jabatan Mufti Kerajaan pada 18 Ogos 2001.

 

Ruang perpustakaan tersebut ada empat tingkat, di mana tiap-tiap tingkat dihasratkan untuk menempatkan koleksi kitab-kitab mazhab tertentu iaitu untuk mazhab Syafie satu tingkat, mazhab Maliki satu tingkat, mazhab Hanbali satu tingkat dan mazhab Hanafi satu tingkat.

 

Hasrat ini InsyaAllah, akan direalisasikan apabila jumlah koleksi sudah mencukupi untuk mengisi semua ruang keempat-empat tingkat tersebut jelasnya.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16