FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PIB, pusat rujukan ilmu pengetahuan Islam


MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned semasa merasmikan Laman Web Mufti Kerajaan Brunei Darusalam |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohd Sahrizal Haji Mohd. Said)

 


 January 19th, 2017  |  10:20 AM  |   1707 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 18 Januari. – Mengumpul pelbagai bahan yang sukar untuk didapati adalah di antara usaha dan kegiatan Perpustakaan Islam Brunei Darussalam (PIB) di Jabatan Mufti Kerajaan dan sehingga kini PIB memiliki sejumlah 60,000 judul buku daripada lebih dari 200,000 naskhah koleksi kitab/buku dalam pelbagai disiplin ilmu, merangkumi buku, majalah, jurnal, multimedia dan lain-lain.

 

Di samping itu, terdapat juga bahan yang boleh dijadikan sebagai rujukan bagi para individu yang berhasrat untuk membuat penelitian, kajian bahkan untuk menambahkan lagi pengetahuan dan juga terdapat banyak khazanah dan bahan yang ada, satu sistem juga telah ditubuhkan iaitu Sistem Perpustakaan Digital Islam (IDLS) sebagai nilai tambah kepada layanan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Pemangku Pengarah Pentadbiran, Jabatan Mufti Kerajaan, Awang Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman semasa menyampaikan alu-aluannya pada Majlis Hari Terbuka Perpustakaan Islam Brunei Darussalam betempat di Bangunan PIB, menjelaskan, dengan adanya sistem ini pihak yang berkepentingan setentunya akan mudah untuk mendapatkan layanan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh PIB.

 

Dari itu jelasnya Hari Terbuka PIB diadakan adalah bagi memberikan peluang kepada semua lapisan masyarakat khususnya umat Islam untuk mengenali lebih dekat PIB dan mengetahui dengan lebih banyak layanan atau perkhidmatan yang ditawarkan, selain turut mempelawa orang ramai untuk mendaftar menjadi ahli PIB.

 

Hadir selaku tetamu kehormat menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Terbuka PIB dan Pelancaran Sistem IDLS ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Juga hadir Setiausaha Tetap, Undang-Undang dan Kesejahteraan, Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Mohd Juanda bin A.Rashid, Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin , Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Dato Paduka Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Abu Hanif AH.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda pada Majlis Perasmian Ekspo Islam Antarabangsa Pertama pada 18 Ogos 2001 pernah menjelaskan bahawa Jabatan Mufti Kerajaan yang baginda perintahkan penubuhannya adalah dihasratkan untuk sama-sama turut berperanan dalam menjana kemajuan ummah di bidang yang bersesuaian.

 

180117 RIZAL1 MUFTI

 

MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned semasa meninjau lebih dekat Perpustakaan Islam Brunei.

 

Di samping mengeluarkan fatwa, titah baginda Jabatan Mufti Kerajaan juga perlu komited untuk mewujudkan pusat rujukan ilmu Islam yang lengkap, sebagai syarat atau langkah bagi mencapai temadun yang diinginkan.

 

Maka ke arah itu, baginda bertitahberhasrat supaya ditubuhkan sebuah Perpustakaan Islam yang mempunyai agenda ilmu, yang meliputi tiga program utama iaitu untuk mengumpul secara sistematik segala imu dan maklumat Islam yang meliputi semua mazhab dan di dalam apa jua Bahasa, kedua titah baginda untuk mengembangkannya dan ketiga untuk menyebarkannya sekali.

 

Dan bagi menanai titah tersebut, PIB telah dikembangkan secara serius untuk menjadikannya sebagai sebuah pusat rujukan Islam yang lengkap dan menjadi sebuah perpustakaan awam Islam di negara ini.

 

Sejak keahliannya dibukakan kepada umum pada tahun 2010 yang lalu, PIB kini mempunyai seramai 146 orang ahli iaitu 136 ahli terdiri daripada para pelajar dan 10 ahli daripada orang awam.

 

PIB dilengkapi dengan prasarana dan sistem automasi sesuai dengan perkembangan info-komunikasi dan teknologi terkini dalam memberikan khidmat perpustakaan mesra pengguna, efektif dan sistematik.

 

Ke arah merealisasikan peranan PIB sebagai pusat rujukan ilmu pengetahuan Islam, penandatangan satu kontrak IDLS bagi PIB telah diadakan pada 30 Julai 2011 yang lalu, yang mana kontrak tersebut mengandungi tiga tahun pembangunan dan implementasi, setahun percubaan dan tiga tahun pemeliharaan.

 

Antara sistem automasi yang disediakan oleh PIB pada masa ini termasuklah khidmat katalog dalam talian, peminjaman dan pemulangan secara layan diri, dan sebagainya.

 

PIB juga mempunyai portal yang boleh diakses oleh pengguna perpustakaan melalui www.pib.gov.bn di mana melalui portal ini para pengguna PIB yang berdaftar akan dapat melayari perkhidmatan-perkhidmatan seperti e-fatwa, e-irsyad, koleksi digital yang merangkumi ceramah-ceramah melalui video, koleksi digital seperti buku-buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, manuskrip, keratan-keratan artikal dari surat-surat khabar dan sebagainya.

 
 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16