FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Buat Perancangan Yang Rapi


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa berucap pada Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-71 Tahun bagi Tahun 2017. |FOTO : PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 January 18th, 2017  |  09:19 AM  |   1156 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 17 Januari. - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menekankan betapa mustahaknya dalam membuat perancangan yang rapi dan sebaik-baiknya bagi acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini dengan mengambil ingatan akan perayaan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun baginda menaiki takhta.

 

Yang Berhormat memetik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Awal Tahun Masihi 2017 di mana baginda bertitah bahawa menjelang tahun 2017, akan berlaku satu lagi sejarah apabila negara akan merayakan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki Takhta yang mana sambutan tersebut sangat besar ertinya sebagai cara untuk kita menghargai sejarah.

 

Yang Berhormat menegaskan bahawa kebijaksanaan dalam mengatur rangka persediaan dan persiapan bagi sambutan berkenaan adalah penting dalam memastikan segala perancangan acara-acara yang akan diungkayahkan dan dilaksanakan berjalan dengan lancar, teratur dan sempurna.

170117 MESYUARAT AMIRUL 002

MESYUARAT Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-71 Tahun bagi Tahun 2017.

 

Yang Berhormat menyatakan demikian dalam mukadimah alu-aluan semasa mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun bagi Tahun 2017 di Bangunan Jabatan Perdana Menteri, di sini.

 

Jelas Yang Berhormat, sambutan perayaan tersebut, insyaaAllah akan dikendalikan dalam suasana kegembiraan bulan Syawal di mana sambutan-sambutan hari raya setentunya masih dirayakan.

 

"Setentunya juga dengan itu akan lebih memeriahkan dan menyemarakkan lagi suasana Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan pada tahun ini," ujar Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat berharap dan mengalu-alukan supaya Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan, Jawatankuasa Tadbir Tertinggi di peringkat dan Jawatankuasa-Jawatankuasa serta Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja akan terus memberikan kerjasama, khidmat bakti, komitmen serta buah fikiran dalam sama-sama membuat persediaan awal bagi memastikan suasana kemeriahan dan kesempurnaan acara-acara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan pada tahun ini.

 

Yang Berhormat juga berharap agar acara-acara sempena sambutan perayaan berkenaan akan dapat memperlihat pendekatan-pendekatan yang baharu dengan pembaharuan dan penambaikan sebagai nilai tambah dan mewalihkan lagi acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan sebelumnya yang boleh menarik penyertaan dan penglibatan semua lapisan masyarakat.

170117 MESYUARAT AMIRUL 004

ANTARA Pegawai-pegawai Kanan yang hadir pada Mesyuarat tersebut.

 

"Semua ini adalah semata-mata bagi mencerminkan semangat perpaduan, persefahaman, keharmonian, permuafakatan, kerjasama dan sokongan serta membuktikan dorongan yang erat lagi padu serta taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan Majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam," tambah Yang Berhormat.

 

Walaupun Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda Ke-71 Tahun itu diharap akan melakar suasana yang lebih meriah dan menarik dengan kelainan dan keunikan tersendiri, Yang Berhormat mengingatkan agar nilai-nilai kebruneian dan agama tidak diabaikan.

 

Mesyuarat pertama tersebut bagi membincangkan ketetapan tarikh acara-acara utama dan pengendalian acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun.

 

Di antara agenda-agenda permesyuaratan yang dibincangkan adalah Laporan Post Mortem Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan tahun lepas; Majlis Kesyukuran; Istiadat Perbarisan Kehormatan; Keberangkatan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah ke Daerah-Daerah; Majlis Ilmu dan Pameran; Pembinaan dan pemasangan alat-alat perhiasan dan kelengkapan seperti pintu-pintu gerbang, lampu-lampu cucul, perhiasan, kain rentang dan 'vertical banner'.

 

Mesyuarat juga mendengarkan laporan-laporan dan cadangan-cadangan bagi acara-acara yang akan diadakan sepanjang tempoh perayaan itu nanti.

 

Turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran Cheteria serta ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71 Tahun.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17