FacebookInstagramTwitterContact

 

Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>           Munajat Night           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, KOTIBA           >>           Aidilfitri Get-Together           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Islamic Da'wah Centre           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Kampung Bukit Panggal           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, MKOKU           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Upacara Tamat Latihan 10 Pelatih Anggota Bomba


SETIAUSAHA Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad menyampaikan hadiah kepada Awang Abdul Hamadi bin Haji Raya @ Yahya bagi terbaik keseluruhan pada Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Kebombaan Skuad 01/2016 dan Kursus Pegawai Rendah Bahagian Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang Jabatan Penerbangan Awam yang berlangsung di Balai Bomba Utama Bahagian Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang, Jabatan Penerbangan Awam.

 


 January 12th, 2017  |  10:20 AM  |   2011 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 11 Januari. – Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang adalah salah satu bahagian di Jabatan Penerbangan Awam yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan perlindungan kebakaran dan kecemasan kapal terbang bagi semua operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

 

Keperluan itu adalah mengikut piawaian antarabangsa dibawah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

 

Sehubungan itu, Jabatan Penerbangan Awam hari ini mengadakan Upacara Tamat Latihan Kursus Asas Kebombaan Skuad 01/2016 dan Kursus Pegawai Rendah Bahagian Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang Jabatan Penerbangan Awam.

 

110117 TAMAT KURSUS HAMZAH-002

 

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad  semasa memeriksa perbarisan di Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Kebombaan Skuad 01/2016 dan Kursus Pegawai Rendah Bahagian Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang Jabatan Penerbangan Awam yang berlangsung di Balai Bomba Utama Bahagian Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang, Jabatan Penerbangan Awam

 

Seramai 10 orang Pelatih Anggota Bomba telah menamatkan latihan yang dijalani selama 20 minggu.

 

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian sijil bagi dua orang Timbalan Pegawai Balai dan enam orang Ahli Bomba Kanan yang telah mengikuti Kursus Pegawai Rendah selama empat minggu di Pusat Latihan Bomba Lapangan Terbang.

 

Kursus tersebut merupakan kursus ulangkaji bagi pegawai dan persediaan bagi Ahli Bomba Kanan bagi kenaikan pangkat seterusnya.

 

110117 TAMAT KURSUS HAMZAH-004

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad semasa  hadir pada majlis tersebut.

 

Penyampaian sijil-sijil disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad berlangsung di Balai Bomba Utama Bahagian Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang, Jabatan Penerbangan Awam, di sini.

 

Turut hadir, Pemangku Pengarah Penerbangan Awam, Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, pengarah-pengarah di Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan dibawahnya, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerbangan Awam serta ahli keluarga Anggota Bomba Pelatih.

 

110117 TAMAT KURSUS HAMZAH-005

 

AWANG Abdul Hamadi bin Haji Raya @ Yahya

 

Sementara itu, Awang Abdul Hamdi bin Haji Awang Raya @ Yahya diumumkan terbaik dalam kategori keseluruhan manakala Awang Muhammad Nadzri bin Haji Tarsat sebagai terbaik dalam praktikal dan Awang Mohammad Sahrin bin Lamat diumumkan sebagai terbaik dalam teori.

 

Ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei, Awang Abdul Hamdi menjelaskan, antara pengajaran yang diperolehi dari menjalani kursus itu adalah memberikan tunjuk ajar disiplin supaya mereka mempunyai mental yang kuat kerana latihan yang dijalani tahan lasak di samping mendidik sikap berdikari dan yang paling utama tanggungjawab yang dipikul.

 

110117 TAMAT KURSUS HAMZAH-006

 

AWANG Mohammad Sahrin bin Lamat

110117 TAMAT KURSUS HAMZAH-007

 

AWANG Muhammad Nadzri bin Haji Tarsat

 

Bagi Awang Muhammad Nadzri juga turut menyatakan yang sama bahawa didikan disiplin diajarkan pada kursus serta turut diajar basic-basic mengenai bomba dalam melahirkan belia yang bertanggungjawab.

 

Awang Mohammad Sahrin pula berkata, apa yang paling utama diperolehi dalam kursus adalah sikap berdikari, bekerjasama satu kumpulan, mengetahui perkakas-perkakas bomba, cara-cara menyelamat dan sebagainya.

 
 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abd Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07