Home > Bahasa Melayu
Senarai Institusi Pendidikan Formal Swasta Bagi Pendaftaran Tahun Akademik 2017
December 31st, 2016 | 09:44 AM | 2733 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jumaat, 30 Disember. - Kementerian Pendidikan melalui kenyataan akhbarnya dengan ini memaklumkan bahawa berikut adalah senarai institusi pendidikan formal swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan bagi tahun 2017.
Bagi Daerah Brunei dan Muara terdapat 43 buah sekolah pendidikan swasta terdiri dari Al-Falaah School Cawangan Sungai Akar; Al-Falaah School Cawangan Ban 5; Bakti Dewa School Cawangan Jerudong; Bakti Dewa School Cawangan Berakas; Bright Jigsaw International School; Chung Hwa Middle School; DES School; Fairview School; Freda Radin School; Sekolah Rendah 'IQRA; Jigsaw Playschool; Jigsaw Primary School; Joyful Kids Montessori School; Learning Tree School; Little Caliphs School; Nusa Laila Puteri School Cawangan Jangsak; Nusa Laila Puteri School Cawangan Kiulap; Nusa Laila Puteri School Cawangan Sungai Buloh; Nusa Laila Puteri School Cawangan Tanjung Bunut; Rising Star Child Development; Sekolah Alif Cawangan Kampung Tungku.
Selain itu, juga turut tersenarai Sekolah Cahaya Bina Insan Sendirian Berhad; Sekolah Cemerlang Abejess; Sekolah Kesuma Mekar; Sekolah PGGMB Sungai Akar; Sekolah Sinaran Mas; Sekolah Sinaran Pelangi; Sekolah St. Andrew; Sekolah Tadika Jaya Datin Hajah Malai Rogayah; Sekolah Taman Asuhan PERTIWI; Sekolah Taman Didikan Anak-Anak Polis DiRaja Brunei; Sekolah Tunas Jaya PGGMB Cawangan Lambak; Sekolah Tunas Jaya PGGMB Cawangan Madang; Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Seri Mulia Sarjana School Cawangan Kampung Jangsak; Seri Mulia Sarjana School Cawangan Kampung Mata-Mata; Seri Mulia Sarjana School Cawangan Kampung Santul; Seri Mulia Sarjana International School; St. George's School; Stella's School; Sunshine School; Tangga Gemilang School; dan Tinkerbell Learning School.
Sementara bagi Daerah Tutong terdapat sebanyak enam buah sekolah yang berdaftar terdiri dari Sekolah Bakti Dewa School Cawangan Tutong; Sekolah Chung Hwa, Kiudang; Sekolah Chung Hwa, Tutong; Sekolah PERTAMA; Sekolah Nurul Falah; dan Sekolah Nusa Jaya.
Bagi Daerah Belait pula sebanyak sembilan sekolah yang tersenarai iaitu Sekolah Menengah Chung Ching; Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait; Sekolah Chung Lian; Sekolah Chung Hwa, Labi; Sekolah St John; Sekolah St Margaret; Sekolah St James; Sekolah St Angela; dan Sekolah Tunas Jaya PGGMB Cawangan Kuala Belait.
Di Daerah Temburong, sebanyak dua buah sekolah pendidikan formal yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan yang terdiri dari Sekolah Pai Yuek; dan Suria Jaya Kindergarten School.
Manakala sebanyak lima buah sekolah antarabangsa tersenarai berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan iaitu The International School (B) Berhad Cawangan Sungai Hanching; Jerudong International School; The International School (B) Berhad Cawangan Jalan Panglima; The International School (B) Berhad Cawangan Kampung Pandan; dan Sekolah Panaga.
Sehubungan itu, ibu bapa / penjaga adalah dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka di sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.
Untuk makluman, elaun pelajaran hanya akan dapat dituntut bagi pelajar-pelajar yang bersekolah di sekolah-sekolah yang berdaftar (seperti senarai di atas) sahaja.
Nota: Senarai sekolah-sekolah yang berdaftar di atas adalah berdasarkan data pada 29 Disember 2016.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Senarai Institusi Pendidikan Formal Swasta bagi Pendaftaran Tahun Akademik 2017
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]