FacebookInstagramTwitterContact

 

Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>           Media coalition asks the feds to investigate Google’s removal of California news links           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


'YES LETOP' Inisiatif Jana Ekonomi Usahawan Tempatan


TETAMU kehormat , Setiausaha Tetap, KKBS, Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abd Jalil hadir memotong riben bagi merasmikan pembukaan YES Letop 2016. |FOTO: PELITA BRUNEI (Mohamad Azmi Awang Damit)

 


 December 30th, 2016  |  09:53 AM  |   1149 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 29 Disember. - YES LETOP kini berlangsung bagi kunjungan orang ramai dengan inisiatifnya bukan sahaja untuk menggalakkan berbelanja di negara sendiri malah berpeluang berbuat amal kebajikan.

 

Ekspo yang mula dibuka bermula hari sejurus pelancarannya dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, di sini.

 

291216 LETOP AD6

 

TETAMU kehormat Setiausaha Tetap, KKBS, Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abd Jalil semasa melawat petak-petak jualan YES Letop 2016.

 

Terdahulu, Pengasas BattleProMMS, Awang Haji Syed Mohd. Yassin bin Haji Syed Anayatullah dalam alu-aluannya antara lain berkata, buat pertama kalinya pihak pengurusannya mengadakan Cabutan Bertuah Harian berupa iPhone setiap hari kepada para pengunjung yang datang.

 

Awang Haji Syed Mohd. Yassin berkata, objektif ekspo itu antara lain untuk memberi keselesaan dan kemudahan untuk orang awam membeli-belah bagi persediaan tahun 2017 tanpa perlu keluar negara untuk mendapatkan pakaian dengan gaya fesyen terkini.

 

291216 LETOP AD2

 

PENGURUS Syarikat Battle Pro Marketing and Management Services (Battle PRO), Awang Haji Syed Mohd. Yassin bin Haji Syed Anayatullah semasa menyampaikan ucapan alu-aluan di Majlis Pembukaan YES Letop 2016.

 

Selain itu tambahnya, menjadikan Karnival 'YES LETOP' sebagai sebuah acara penutup tahun yang paling meriah bagi tahun 2016 dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.

 

''Kami berharap orang ramai akan terus menyokong usaha kami selaku usahawan belia tempatan yang kami inginkan kemajuan dan membantu negara sedikit sebanyak dalam memperkasa ekonomi, khususnya dalam mancapai Wawasan 2035,'' ujarnya lagi.

 

Sebanyak 86 pengusaha turut serta dalam mengetengahkan pelbagai jualan termasuk produk kecantikan, barangan keperluan harian dan bermacam lagi.

 

291216 LETOP AD7

 

PENGURUS Projek Muda (junior) Battlepro Event Management, Mohd Syukri bin Jamil.

 

291216 LETOP AD8

 

TEMUBUAL bersama Md. Khairul Abdul Kayum dari Jambang Barbershop

 

Pengurus Projek Muda (Junior Project Manager) BattleProMMS, Awang Mohamad Syukri bin Jamil ketika ditemui berkata, ekspo seumpama itu merupakan kali ke-10 yang dianjurkan oleh BattleProMMS.

 

Pihak penganjur juga katanya, memberikan satu khidmat penjagaan kanak-kanak sambil ibu bapa menyaksikan petak-petak jualan dan membeli-belah di ekspo berkenaan.

 

Ekspo itu tambahnya lagi, menjadi inisiatif bagi para pengunjung mencari barang-barang dalam satu tempat tanpa perlu berbaris panjang dan bersesak di kedai-kedai atau pasar raya memandangkan para penjawat awam baru menerima bonus dan mencari barang keperluan anak sekolah sesuai dengan temanya kali ini 'Back to School, Back to Work'.

 

Awang Mohamad Syukri seterusnya berharap akan lebih ramai para pengunjung yang akan berkunjung ke ekspo kesinambungan Letop Lebaran pada Jun lalu iaitu mensasarkan lebih 25 ribu pengunjung.

 

291216 LETOP AD4

 

ORANG ramai sama-sama memberikan sokonan dan  memeriahkan YES Letop 2016.

 

Salah seorang pengusaha belia, Awang Md. Khairul Abdul Kayum menjelaskan setelah perundingan dibuat bersama pihak penganjur, Jambangs Barbershop memberikan peluang dan khidmat amal melalui 'Satu Guntingan Satu Senyuman'.

 

Pengurus Jambangs Barbershop itu berkata, setiap seorang pelanggan yang datang ke petaknya akan memberikan khidmat gunting rambut secara percuma kepada seorang anak yatim.

 

Tambahnya, tukang guntingnya adalah terdiri daripada anak tempatan dan penyertaannya melalui ekspo seumpama itu adalah selain khidmat kepada masyarakat ia juga sebagai pendedahan kepada orang ramai memandangkan kedainya masih baru dibuka sejak tujuh bulan yang lalu.

 

Orang ramai disaran untuk berkunjung ke ekspo yang akan berakhir 1 Januari awal tahun depan dengan menyokong para pengusaha tempatan demi sama-sama memajukan ekonomi negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-18 23:31:16