FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Religious Programme           >>           Workshop Closing Ceremony           >>           MoU Signing for Internationalisation of Higher Education           >>           Mortgage Costs Rise As Banks Confirm Higher Rates           >>           UK Borrowing Casts Doubt On Pre-Election Tax Cut Prospects           >>           UNRWA: Restart Aid To Palestinian UN Agency, EU Urges           >>           World Book Day Celebration           >>           Russian Deputy Defence Minister Detained For Allegedly Taking Bribes           >>           US Federal Law Driving The Latest Abortion Battle At The Supreme Court           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Madu Kelulut Berkhasiat Rawat Penyakit


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut.

 


 December 29th, 2016  |  08:56 AM  |   3002 views

TUTONG

 

Rabu, 28 Disember. Madu Kelulut adalah madu yang dikeluarkan oleh sejenis lebah kelulut yang tidak menyengat (stingless bee) ataupun nama saintifiknya 'Meliponula Ferruginea'.

 

Madu Kelulut mempunyai pelbagai khasiat yang dipercayai lebih tinggi jika dibandingkan dengan madu lebah (honey bee) kerana Madu Kelulut asli mengandungi pelbagai jenis 'acid fenolik' yang berguna untuk manusia.

 

281216 SYIAR KELULUT 4

 

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar ketika melancarkan Tutong Mini Karnival Kelulut 2016.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Ketua Zon 2, Masjid-Masjid Daerah Tutong, Awang Haji Mohd. Aidil Sufian bin Mohd. Yassin, semasa menyampaikan ceramah khasnya yang bertajuk 'Madu dan Khasiatnya' pada Majlis Pelancaran Tutong Mini Karnival Kelulut 2016, bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, di sini.

 

Di antara manfaat madu tersebut untuk kesihatan ialah dapat menghilangkan zat berbahaya dalam pembuluh darah dan usus serta meningkatkan kekebalan tubuh (antibody), tambahnya lagi.

 

Terdahulu, Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain selaku Pengerusi Bersama Majlis dalam ucapan alu-aluannya menyatakan, Mini Karnival yang bertemakan 'Mulakan Hari Biskita Dengan Madu' tersebut merupakan yang julung-julung kali diadakan sebagai inisiatif Jabatan Daerah Tutong bagi mengembang majukan produk satu kampung satu produk khususnya madu kelulut.

 

281216 SYIAR KELULUT 5

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar ketika melawat Petak Pameran dan Jualan para Pengusaha Madu Kelulut.

 

Melalui Mini Karnival berkenaan, jelasnya lagi, para pengusaha kelulut bukan sahaja berpeluang mempromosi produk mereka, malah berpeluang berinteraksi dengan para pengusaha yang lain yang diharap akan dapat mendorong dan menggalakkan masyarakat agar lebih aktif dalam bidang keusahawanan yang dapat membantu meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat.

 

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Daerah Tutong.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, yang kemudiannya diikuti dengan Pelancaran Tutong Mini Karnival Kelulut 2016 oleh tetamu kehormat.

 

Tetamu kehormat seterusnya dijemput untuk melawat petak pameran dan jualan para Pengusaha Madu Kelulut, Pengusaha Kampung 1K1P dan Pengusaha Tempatan Kecil dan Sederhana (Mikro SME) serta melawat Taman Mini Kelulut.

 

Pelbagai program dan aktiviti telah disusun bagi memeriahkan lagi karnival tersebut seperti pertandingan mewarna, cabaran mengenal kelulut, cabaran meneka madu, pertandingan petak pameran dan jualan tercantik, Ceramah Khas bertajuk 'Madu dan Khasiatnya' serta demonstrasi membuat sabun VCO, Madu dan Propolis yang telah dijadualkan pada tarikh-tarikh di sepanjang Mini Karnival ini.

 

Para pengunjung juga berpeluang mendapat tiket percuma ke Taman Mini Kelulut yang ada dipamerkan di Luar Dewan Kompleks, Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

 

Karnival yang turut diselenggarakan bersama Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPK) Daerah Tutong, khususnya MPK Sungai Kelugos, iaitu Tasbee Meliponiculture, Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong serta Ahli-ahli Penternak Kelulut tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Disember, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Mortgage Costs Rise As Banks Confirm Higher Rates

 2024-04-24 08:19:11