FacebookInstagramTwitterContact

 

Historic Copenhagen Stock Exchange In Denmark Goes Up In Flames           >>           Supreme Court Hears Case That May Impact Trump Prosecution           >>           Togo Constitution: Opposition Says Changes Are Presidential 'Power Grab'           >>           Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad           >>           Chrissy Teigen Claps Back After Critic Says She Only Has Kids To "Stay Relevant"           >>           Patrick Mahomes Shares What He’s Learned From Friendship With Taylor Swift           >>           Record Breaker! Milky Way's Most Monstrous Stellar-Mass Black Hole Is Sleeping Giant Lurking Close To Earth           >>           Motorola’s Edge 50 phone series includes a wood option           >>           Samsung awarded $6.4 billion CHIPS Act grant to build 'semiconductor ecosystem' in Texas           >>           Youtube Prevents Ad-Blocking Mobile Apps From Accessing Its Videos           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Persatuan Hokkien Hulur Bantuan


SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr. Dayang Hajah Norlila bin Dato Paduka Haji Abd Jalil semasa menerima sumbangan daripada salah seorang daripada Persatuan Hokkien Brunei bertempat di Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) Berakas. |FOTO : PELITA BRUNEI (Ampuan Mahmud Ampuan Haji Tengah )

 


 December 29th, 2016  |  08:53 AM  |   1828 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 28 Disember. - Tabung Mangsa Kebakaran Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam, petang ini telah menerima sumbangan daripada Persatuan Hokkien Brunei Darussalam dalam satu majlis penyampaian sumbangan yang diadakan di Pejabat Daerah Brunei dan Muara, Lapangan Terbang Lama, Berakas, di sini.

 

Sebanyak BND14,250 secara keseluruhannya disumbangkan oleh 28 orang ahli persatuan, termasuk 14 orang ahli persatuan yang hadir pada majlis tersebut.

 

Pengerusi Persatuan Hokkien, Lim Han Chiong terlebih dahulu menyampaikan sumbangan, diikuti dengan penyampaian sumbangan peribadi ahli-ahli persatuan.

 

281216 JDBM-AMP2

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan,  Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Norlila bin Dato Paduka Haji Abd Jalil bergambar ramai bersama para penyumbang daripada Persatuan Hokkien Brunei bagi Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam bertempat di Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) Berakas.

 

Kesemua sumbangan tersebut diterima oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil selaku Pengerusi Bersama Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam.

 

Turut hadir, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara merangkap Setiausaha Tabung Amal berkenaan, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

 

Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam ditubuhkan bertujuan untuk mengumpulkan derma atau sumbangan seangkat-angkat hati dalam bentuk wang ringgit daripada semua rakyat dan penduduk di negara ini, bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa kebakaran.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad

 2024-04-16 23:58:01

Tesla Lays Off More Than 10% Of Its Workforce

 2024-04-16 01:41:21