Home > Bahasa Melayu
KKBS Teruskan Majlis Dikir Maulud di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (dua, kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut. |FOTO : PELITA BRUNEI (Masri Osman)
December 10th, 2016 | 10:50 AM | 898 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jumaat, 9 Disember. - Malam Dikir Syarafil Anam bersempena sambutan hari keputeraan Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam terus disemarakkan di semua masjid, surau dan balai ibadat di negara ini.
Dalam merebut pahala melalui pujian selawat ke atas Rasulullah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) juga tidak ketinggalan meneruskan majlis berkebajikan itu di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong malam tadi.
Mengetuai rombongan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
Juga hadir, Setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, pegawai-pegawai kanan serta para pegawai dan kakitangan KKBS serta jabatan-jabatan di bawahnya.
Sejurus selesai Solat Fardu Maghrib Berjemaah, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat.
Acara berkebajikan itu juga disemarakkan dengan kumpulan Dikir daripada Ahli Takmir Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]