Home > Bahasa Melayu
Menggalakkan Warga Kementerian Kesihatan Berselawat
MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi (tiga, kanan) hadir mengetuai Rombongan Kementerian Kesihatan pada Majlis Dikir Maulud bertempat di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong. |FOTO : PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)
December 9th, 2016 | 11:29 AM | 1238 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 8 Disember. - Kementerian Kesihatan mengendalikan Majlis Dikir Maulud ke masjid-masjid bagi sama-sama memeriahkan dan menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Rombongan dikir Kementerian Kesihatan diketuai oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi berlangsung di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, di sini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle.
Seramai 100 warga Kementerian Kesihatan hadir terdiri daripada ketua-ketua fungsi, Kementerian Kesihatan; pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan serta penduduk kampung setempat juga sekitarnya.
Majlis merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Kesihatan dalam sama-sama menyemarakkan lagi Sambutan Hari-hari Kebesaran lslam serta memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Ia juga bertujuan untuk menggalakkan warga kementerian untuk terus berselawat dan memuji junjungan besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping menunjukkan rasa kasih sayang terhadap jasa-jasa Baginda yang telah memancarkan cahaya dan roh Islam kepada umat Islam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]