Home > Bahasa Melayu
Kementerian Pendidikan Semarak Dikir Mauludir Rasul
Hamzah Mohidin
December 9th, 2016 | 11:24 AM | 894 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 8 Disember. - Dikir Maulud selama 12 malam berturut-turut sempena memperingati Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam terus bersemarak di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara.
Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum, Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Urus Setia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan Negara Brunei Darussalam meneruskan lagi Majlis Dikir Syarafil Anam di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, di sini.
Hadir pada majlis tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.
MAJLI berdikir Kementerian Pendidikan sempena Maulud Nabi Muhammad s.a.w hadir di majlis tersebut Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Paduka Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan seterusnya diikuti dengan Dikir Syarafil Anam yang disambung semula selapas menunaikan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah serta diakhiri dengan Doa Allah Peliharakan Sultan.
Juga hadir menyemarakkan lagi majlis dikir tersebut Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai serta kakitangan dari Kementerian Pendidikan juga ahli-ahli takmir masjid berkenaan.
Turut hadir sama mengikuti rombongan Kementerian Pendidikan ialah pelajar-pelajar dari Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan, iaitu Universiti Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Teknologi Brunei dan Politeknik Brunei.
SEBAHAGIAN pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang hadir.
Majlis antara lain bertujuan untuk menggalakkan warga Kementerian Pendidikan untuk terus berselawat dan memuji Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping menunjukkan rasa kasih sayang terhadap jasa-jasa Baginda yang telah memancarkan cahaya serta roh Islam kepada sekalian umat Islam.
Selain itu, majlis juga diadakan sebagai salah satu syiar Islam untuk memakmurkan masjid selain memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai serta kakitangan kementerian juga dalam kalangan jemaah masjid dan penduduk kampung.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Khartini Hamir
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]