FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peserta BSAC Ke-10 Timba Pengalaman Baru


TETAMU kehormat majlis, Ketua Bahagian Pentadbiran, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Nudin bin Haji Mohammad menyampaikan penyampaian sijil kepada pelajar. |FOTO : PELITA BRUNEI (Muhammad Asri Haji Awang Abas)

 


 December 8th, 2016  |  08:32 AM  |   1706 views

GADONG

 

Rabu, 7 Disember. - Perkhemahan Pengembaraan Pemimpin Pelajar Brunei-Singapura Kali Ke-10 (The 10th Brunei-Singapore Students Leaders Adventure Camp-BSAC) Tahun 2016 telah diadakan dari 3 hingga 7 Disember 2016 bertempat di tapak perkhemahan utama, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (MDPMAMB), Gadong.

 

BSAC Kali Ke-10 berakhir dengan satu Majlis Perpisahan, yang diadakan di Student Learning Centre, MDPMAMB, di sini.

 

Di majlis tersebut, hadir selaku tetamu kehormat dan juga menyampaikan sijil dan hadiah kepada peserta ialah Ketua Bahagian Pentadbiran, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Nudin bin Haji Mohammad.

 

Seramai 40 pemimpin pelajar yang berumur antara 15 hingga 16 tahun terdiri daripada 20 pelajar Negara Brunei Darussalam iaitu 10 lelaki dan 10 wanita; dan 20 pelajar Singapura juga 10 lelaki dan 10 perempuan berserta 10 'chaperones' iaitu lima dari negara ini yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita dan lima lagi dari Singapura juga terdiri dari dua lelaki dan tiga wanita bagi BSAC ke-10 2016.

 

Delegasi BSAC Ke-10 dari Singapura diketuai oleh Timbalan Pengarah, Fisikal, Sukan dan Pendidikan Luar, Kementerian Pendidikan Singapura, Tuan Roy Lee Wei Yap bersama tiga pegawai daripada Kementerian Pendidikan Singapura juga menyertai perkhemahan berkenaan.

 

Perkhemahan tersebut telah dirasmikan oleh Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Jabatan Sekolah pada hari Ahad lalu.

 

Di antara objektif BSAC itu adalah untuk membangunkan kepimpinan para pemimpin pelajar, cara berfikir dan menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan; untuk menggalakkan rangkaian dan kerjasama dalam kalangan pemimpin pelajar; untuk meningkatkan kepersefahaman, kerjasama dan ikatan melalui pembelajaran silang budaya, pengembaraan luar, permainan kerja dalam kumpulan dan hidup dengan pengalaman; dan untuk memupuk keperluan bagi memulihara alam semula jadi dan biodiversiti; serta keperluan untuk memelihara warisan sejarah dan budaya.

 

071216 ASRI3 BSAC

PELAJAR BSAC yang mewakili dari Brunei dan Singapura.

 

Sementara itu Pelita Brunei menemu bual beberapa pelajar dari Singapura iaitu Farisha Low Rui Qi dari Sekolah Westwood Singapura menjelaskan bahawa perkhemahan sebegini begitu baik sekali kerana banyak aktiviti-aktiviti yang baharu di pelajari.

 

Menurutnya, dengan adanya perkhemahan di antara Brunei dan Singapura ini, mereka dapat bertukar-tukar fikiran sama ada dari segi pelajaran dan kebudayaan .

 

"Saya begitu gembira sekali kerana ini kali pertama menyertai bagaimana cara-cara menanam padi, dari situ saya amat kagum sekali kerana bukan senang untuk belajar cara-cara menanam dengan cara yang betul. Di negaranya Singapura untuk mempelajari cara-cara menanam padi dengan nyata mungkin tidak ada hanya mempelajari secara teori sahaja", jelasnya.

 

Manakala bagi Awang Muhammad Ashraf bin Yusri dari Sekolah Menengah Loyang Singapura menjelaskan penglibatan bersama pelajar-pelajar Brunei amat membanggakan sekali kerana ini kali pertama menyertai BSAC.

 

"Hubungan erat di antara Brunei dan Singapura dapat di lihat bukan sahaja dari segi diplomatik malahan juga dari segi pendidikan dan diharap juga hubungan sebegini tidak terputus buat selamanya. Di harap juga aktiviti-aktivit seumpama ini dapat di teruskan di tahun hadapan", jelasnya.

 

Bagi dari Dayang Maydreen Ling binti Mohammad Tony Ling dari Sekolah Menengah Sufri Bolkiah Tutong berkata, perkhemahaan di antara Brunei dan Singapura amat baik sekali untuk pelajar-pelajar yang baharu mempelajari beberapa pengetahuan seperti cara-cara menepati masa, kepimpinan dan menyelesaikan masalah.

 

Katanya, pengalaman mengikuti cara-cara berpadi amat menarik sekali kerana ini adalah kali pertama mempelajari secara langsung dan ianya amat penting bagi pelajar-pelajar mengetahui bagaimana cara menanam padi.

 

Sementara bagi Awangku Muhammad Nazrul Azmi bin Pengiran Ludeman dari Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali pula menjelaskan, pengalaman menyertai perkhemahan bersama pelajar Singapura amat bermakna dan dapat bertukar-tukar fikiran serta dapat berpeluang berinteraksi secara dekat.

 

Menurutnya, pengalaman menyertai menanam padi begitu menarik sekali kerana pertama kali mencuba untuk mengikuti cara-cara menanam padi secara langsung dan pengalaman sebegitu tidak akan dilupakan.

 

"Bagi saya pengalaman menyertai perkhemahan ini banyak perkara-perkara baharu di pelajari terutama dalam kehidupan untuk menjadi belia yang berkepimpinan. Saya harap kalau boleh masyarakat di negara ini tidak mengabaikan beras-beras kerana menghasilkan beras bukannya senang", ujarnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53