FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Banyakkan Membaca Istighfar


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (dua, kiri) hadir mengetuai Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), bertempat di Masjid Kampung Penabai, Mukim Pekan Tutong.

 


 December 7th, 2016  |  11:15 AM  |   964 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 6 Disember. - Setiap Muslim tidak terkecuali dari melakukan kesalahan dan kesilapan, oleh itu, kita disuruh untuk sentiasa beristighfar agar diampunkan dari segala dosa.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Mohammad Aidil Sofian bin Mohammad Yassin dalam tazkirahnya yang bertajuk 'Kelebihan Beristighfar' pada Majlis Dikir Syarafil Annam 12 Malam Berturut-Turut bagi Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), bertempat di Masjid Kampung Penabai, Mukim Pekan Tutong, di sini.

 

Terangnya lagi, ucapan lafaz istighfar sangat tinggi faedahnya dan sangat digalakkan, kerana sekiranya seorang mukmin itu mengucapkan lafaz istighfar di waktu pagi lalu meninggal pada pagi hari, maka orang tersebut akan masuk syurga.

 

Demikian juga sekiranya seorang mukmin tersebut melafazkan ucapan istighfar pada waktu petang lalu meninggal dunia pada petang itu juga, maka ia akan ditempatkan di syurga, tambahnya.

 

Hadir mengetuai rombongan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

Juga hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Mohammad Sunadi bin Haji Buntar; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman; Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Shamsul Bahrin bin Haji Hussin; Ketua-Ketua Jabatan di bawah KHEDN, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong serta penduduk-penduduk Kampung Penabai dan Kuala Tutong.

 

Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Penabai Kuala Tutong dan diteruskan dengan bacaan Dikir.

 

Rombongan berdikir tersebut adalah salah satu acara tahunan KHEDN bagi menyemarakkan lagi Sambutan Memperingati Hari Kelahiran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan penduduk-penduduk kampung.

 

Ihya Maulidur Rasul akan diadakan seluruh negara dan akan diteruskan ke Kampung Belais, Temburong pada 7 Disember nanti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39