FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


KUPU SB Dengan Kerjasama APUCEN Anjur Forum Belia


MANTAN Presiden APUCEN Yang Berbahagia Prof Dato' Omar Osman sebagai salah seorang ahli panel yang dijemput pada Forum Belia Sempena Seminar Pendidikan Belia Kebangsaan |PHOTO COURTESY : Hernie Sulaina Haji Othman

 


 December 7th, 2016  |  11:13 AM  |   760 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Forum Belia Sempena Seminar Pendidikan Belia Kebangsaan anjuran KUPU SB dengan kerjasama APUCEN berlangsung hari ini di Dewan Tarbiyyah, KUPU SB.

 

Hadir selaku tetamu kehormat Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

 

Forum yang bertajuk 'Belia Berwawasan Pemangkin Transformasi' disampaikan oleh mantan Presiden APUCEN, Yang Berbahagia Prof Dato Omar Osman.

 

Dalam forum tersebut Yang Berbahagia Profesor Dato Omar Osman menjelaskan bahawa, APUCEN ini adalah satu rangkaian dan kemasyarakatan kerana APUCEN ini bukan menjalankan projek besar-besaran tetapi APUCEN ditubuhkan untuk bekerjasama dengan universiti-universiti yang lain.

 

APUCEN mudah untuk bergerak daripada satu agensi yang memberikan wang dan projek kepada ahli-ahli yang bergerak.

 

"Pada awal tahun ini, kita bersetuju bahawa belia harus menjadi salah satu daripada tunggak penglibatan APUCEN dan kita berharap belia ataupun pelajar salah satu yang digunakan universiti untuk menjalankan projek dan juga kita juga bersetuju menubuhkan APUCEN Pelajar di universiti-universiti masing-masing," jelasnya.

 

Menurutnya, KUPU SB buleh memulakan penubuhan APUCEN Pelajar dengan itu akan mendapat menafaat banyak daripada APUCEN. Apa yang ada sekarang ini ialah universiti-universiti di Brunei akan mendapat pengetahuan dari 83 universiti, bermakna mereka mempunyai banyak kepakaran yang kita boleh dapatkan dan dibawa ke KUPU SB untuk proses pemindahan ilmu.

 

"Ada tiga perkara yang perlu ada iaitu, fokus dan terus menjalankan program dalam satu masa yang panjang dan proses pengukuran ataupun pengetahuan dan mendapatkan pelajar ataupun mereka yang sudah graduan sebagai perantaraan atau untuk penambahbaikan kehidupan masyarakat," jelasnya.

 

Pengarah Pusat Ilmu Teras KUPU SB, selaku moderator, Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar semasa ditemu bual Pelita Brunei menjelaskan, matlamat forum ini adalah untuk memupuk perkongsian maklumat antara para belia dan universiti.

 

Katanya, Forum Belia sempena Seminar Pendidikan Belia Kebangsaan anjuran KUPU SB dengan kerjasama APUCEN ini adalah kesinambungan daripada Seminar Pendidikan Belia Kebangsaan, yang mana seminar ini diadakan adalah sempena dengan Mesyuarat APUCEN yang ke-9 yang mana pada tahun ini KUPU SB sebagai tuan rumah pada mesyuarat tersebut.

 

Tonggak dan masa hadapan sesebuah negara sering kali dikaitkan dengan kekuatan dan kehebatan sumber tenaga manusia yang cemerlang dan berdaya tahan.

 

Menurutnya, KUPU SB adalah sebagai ahli majlis dalam APUCEN ini, maka forum yang diadakan ini ialah akan memfokuskan para belia dan juga mengambil tema bersempena dengan Hari Belia Kebangsaan pada tahun ini.

 

"Kita 'target' sasaran itu adalah para belia yang mana belia pada hari ini yang menyertai seminar ini mereka adalah dari berbagai pusat-pusat pengajian dan beberapa buah sekolah untuk menghadiri forum ini, kerana belia ini adalah harapan bangsa dan negara dan belia ini adalah peneraju serta pemimpin masa akan datang," jelasnya.

 

Sebab itu ujarnya, dalam forum ini akan membincangkan mengenai tema Hari Belia Kebangsaan iaitu Belia Berwawasan Pemangkin dan Transformasi dengan adanya tajuk ini kita dapat melihat di manakah transformasi belia berwawasan ini dan dari sudut apa transformasi itu yang kita kehendaki dan perlukan dalam konteks di Negara Brunei Darussalam.

 

Katanya, dengan sebab itulah kita bawa para belia bersama-sama berikan mengambil informasi yang amat berguna tetapi juga sebagai sesuatu motivasi pada diri mereka sendiri kerana mereka ini sering dikaitkan dengan masalah-masalah negatif dan sosial tetapi sebenarnya jauh daripada itu juga belia itu juga mempunyai potensi yang perlu kembangkan yang ada pada diri mereka yang mana belia ini dapat harapkan untuk memajukan khususnya di negara ini.

 

Beliau juga menyatakan, dengan adanya forum ini para belia menyedari apakah maksud Belia Berwawasan ini dan apakah ciri-ciri belia berwawasan ini dan juga bincangkan bagaimana transformasi, kerana transformasi yang membawa kepada yang positif yang memberikan keuntungan bukan sahaja kepada individu sendiri, tetapi juga masyarakat dan membawa kepada negara seterusnya lebih besarnya ke seluruh dunia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16